Kru feri Korea Selatan mengambil masa untuk membuat keputusan memindahkan penumpang, menurut transkrip yang dikeluarkan pada Ahad.

Dalam saat-saat terakhir sebelum feri itu mencondong, seorang kru di mana identitinya tidak diketahui bertanya kepada seorang pegawai daripada Perkhidmatan Trafik Kapal Jindo (VTS) jika bantuan sedang dalam perjalanan.

"Kami sedang mencodong. Kami tidak boleh bergerak langsung," kata kru berkenaan.

Dalam mesej berasingan, kru berkenaan berkata bahawa arahan keselamatan tidak dapat disampaikan kepada penumpang kerana sistem PA rosak ketika kejadian.

"Sila menasihati penumpang untuk memakai jaket keselamatan dan memakai sebanyak lapisan baju yang boleh," kata pegawai VTS.

"Adakah penumpang akan terus diselamatkan setelah dipindahkan?" tanya kru itu.

"Suruh mereka memakai jaket keselamatan dan biar mereka terapung. Sekarang!" jawab pegawai VTS dengan tegas.

Anak-anak kapal feri berkenaan telah menerima kritikan kerana lambat memindahkan penumpang, kesilapan besar yang berlaku kerana feri terus tenggelam dengan ratusan penumpang masih terperangkap di dalamnya.

Seorang pakar berkata lebih ramai lagi boleh diselamatkan jika kesemua penumpang dipindahkan sebelum kapal itu mencondong dan dimasuki air.

Transkrip yang dikeluarkan pihak berkuasa Korea Selatan akan membuat lebih ramai ahli keluarga mangsa marah, susulan pergaduhan bersama pihak polis pada hari Ahad atas kelewatan untuk mengambil tindakan.

Sejumlah 59 orang telah disahkan meninggal dunia dan 243 lagi masih hilang.