awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ikrar terus tutup operasi kerajaan, masuk hari ke-4

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2018
22:35 MYT
Trump ikrar terus tutup operasi kerajaan, masuk hari ke-4
Donald Trump bercakap dengan anggota tentera pada satu sidang video di pejabatnya di Washington, 25 Dis, 2018. REUTERS
Presiden Donald Trump berikrar akan terus menutup operasi kerajaan negaranya.
Penutupan akan berlanjutan sehingga pemimpin blok Demokrat bersetuju untuk meluluskan ASD5 bilion untuk pembinaan tembok sempadan.
"Negara ini dalam keadaan baik, cuma ketika ini sebahagian operasi kerajaan ditutup.
"Kami percaya kepada keperluan adanya sempadan dan tembok. Mereka yang mahu memasuki negara ini perlu melalui jalan yang sah, bukan masuk begitu sahaja. Kita tidak tahu siapa mereka.
"Kita mahu menghentikan isu dadah, dan ia memerlukan tembok. Jika tidak, kita akan berdepan dengan kebanjiran mereka," katanya.
Penutupan sebahagian operasi kerajaan memasuki hari keempat pada Selasa.
Kata Trump, dia sendiri tidak tahu bila operasi kerajaan akan dibuka semula dan ia terserah sepenuhnya kepada pemimpin Demokrat.
"Saya tidak boleh maklumkan bila operasi kerajaan akan dibuka semula. Tetapi, saya tegaskan, ia tidak akan berlaku sehingga kita boleh membina sempadan.
"Ini adalah penghalang daripada kebanjiran pendatang ke negara ini," tegasnya.
Kata dua itu dinyatakan Trump pada Selasa ketika mengadakan satu sesi teleconference dengan angkatan tentera Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Demokrat
#Donald Trump
#kerajaan
#sempadan
#tembok
#tentera
#tutup kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan