NEGARA-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada Jumaat mengakui mereka sekali lagi gagal mencapai persetujuan pelepasan hak harta intelek bagi vaksin COVID-19.
Justeru, Afrika Selatan dan India menggesa hak harta intelek digantung sementara untuk vaksin koronavirus ketika pandemik, bagi meningkatkan pengeluaran.
Ia juga bagi mengatasi isu jurang ketidaksamaan akses vaksin antara negara kaya dan miskin.
Namun, idea itu mendapat tentangan sengit syarikat farmaseutikal gergasi serta negara lokasinya, yang menegaskan paten bukan halangan utama meningkatkan pengeluaran vaksin dan memberi amaran langkah itu berisiko menyekat inovasi.
Tekanan kini memuncak untuk satu persetujuan dicapai sebelum bermulanya sidang kementerian ke-12 WTO pada 30 Nov hingga 3 Dis depan di Geneva.
Majlis persetujuan WTO bagi Aspek Berkaitan Perdagangan Untuk Hak Harta Intelek (Trips) bersidang pada Rabu dan Khamis lalu dalam usaha membincangkan isu berkenaan.
WTO berfungsi dengan konsensus, iaitu semua 164 negara anggota perlu bersetuju dengan apa saja perjanjian.
Dalam satu kenyataan Jumaat, WTO memaklumkan majlis itu belum mencapai persetujuan dan beberapa negara "mengetengahkan risiko tidak mencapai persetujuan kecuali beberapa delegasi menjanjikan tolak ansur yang jelas".
Pengerusi Majlis Trips, yang juga Duta Norway ke WTO, Dagfinn Sorli, mengakui badan itu "belum berada dalam kedudukan untuk bersetuju pada hasil yang konkrit dan positif."
Katanya, Trips akan terus berunding dengan negara anggota untuk mencapai konsensus sebelum sidang kementerian WTO di Geneva dan rundingan lanjut dijadualkan pada 26 Okt depan.
Sejumlah negara menyokong usul Afrika Selatan dan India untuk menggantung paten koronavirus, selain turut disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa badan lain.
Purata kadar vaksinasi COVID-19 di negara kaya adalah 30 kali lebih tinggi berbanding negara miskin, yang kebanyakannya kini mempertimbang pemberian dos ketiga ketika berbilion lagi individu belum menerima suntikan pertama vaksin.
Penyokong Kempen Virus Outbreak Britain Global Justice membawa keranda palsu sebagai simbolik jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia, di London, 12 Okt, 2021.
Britain mengambil bahagian dalam mesyuarat harta intelek WTO untuk meningkatkan jumlah vaksinasi di seluruh dunia. Para penyokong kempen mahu syarikat-syarikat farmaseutikal besar membatalkan paten terhadap ubat COVID-19 bagi membolehkan negara-negara miskin memvaksinasi populasi mereka.
Astro Awani
Sat Oct 16 2021
Penyokong kempen membawa keranda palsu sambil berhimpun di London, 12 Okt, 2021. Mereka mahu syarikat farmaseutikal besar membatalkan paten terhadap ubat COVID-19 supaya negara miskin boleh memvaksinasi rakyatnya. (Foto AP)
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia menang kes diskriminasi minyak sawit - Johari
WTO, pada 5 Mac 2024, mengeluarkan laporan akhir dan menyimpulkan bahawa Akta Delegasi EU yang menyekat biofuel minyak sawit adalah bersifat diskriminasi.
Malaysia, UAE bakal meterai CEPA Jun ini - Tengku Zafrul
Beliau berkata satu MoU telah ditandatangani pada Januari untuk mewujudkan rangka kerja bagi kerjasama pelaburan dalam sektor infrastruktur digital.
Iran tidak bercadang sertai WTO, keanggotaan dalam blok serantau memadai - Tehran
Ini kerana, keanggotaan Iran dalam pertubuhan serantau utama lain adalah setaraf dengan keanggotaan dalam WTO.
Teknologi digital faktor utama perdagangan masa hadapan - WTO
Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Selasa berkata teknologi digital akan menjadi faktor utama yang mempengaruhi perdagangan pada masa hadapan.
Usaha Malaysia untuk meningkatkan pematuhannya terhadap WTO membuahkan hasil - MITI
Malaysia menerima 367 soalan daripada 28 ahli WTO, majoritinya dari AS, India, Australia, EU dan negara-negara anggota ASEAN.
China ambil tindakan undang-undang ke atas AS berhubung eksport cip
China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS).
WTO: Pertumbuhan perdagangan dunia dijangka perlahan pada 2023
Jumlah dagangan barangan global akan berkembang 3.5 peratus pada 2022, lebih baik sedikit daripada unjuran 3.0 peratus pada April.
Malaysia penyumbang utama agenda WTO dalam aspek pertumbuhan, pembangunan ekonomi
Nanta berkata Iweala turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap prestasi ekonomi Malaysia yang secara relatifnya utuh dan teguh.
China berhenti import kerapu, Taiwan ancam seret Beijing ke WTO
China sudah berulang kali memboikot dan menyekat produk agrikultur dan akuatik dari Taiwan.