Syarikat yang tidak mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebelum 31 Dis ini, akan 'didaftar secara paksaan', kata Pengarah CBP Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk T. Subromaniam.
Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat yang belum berdaftar untuk CBP supaya berbuat demikian dengan segera.
"Saya minta semua pemilik syarikat segera daftar dengan Kastam dan jangan tunggu hingga saat akhir. Sehingga semalam, hanya 107,511 syarikat telah mendaftar. Kita ada rekod, lebih 300,000 syarikat yang perlu berdaftar dengan kita.
"Sekiranya tidak berdaftar sebelum hujung tahun ini, maka Kastam akan membuat pendaftaran secara paksaan kerana kita ada maklumat syarikat-syarikat yang belum mendaftar, apa perniagaan mereka, berapa jualan mereka dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pelaksanan CBP kepada lebih 100 kakitangan dan Ketua Biro Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari seluruh negara di Angkasapuri, di sini hari ini.
Subromaniam berkata syarikat yang gagal mendaftar boleh didakwa mengikut Seksyen 96 Akta GST 2014, di mana syarikat perniagaan atau orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kita juga ada kuasa untuk kompaun mereka sehingga RM15,000. Kita nak bantu mereka melalui program sokongan dan latihan, hanya syarikat yang berdaftar akan dipanggil untuk diberi maklumat mengenai pelaksanaan GST," katanya.
Pendaftaran CBP wajib bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan telah mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Zainul Abidin Taib berkata pemilik syarikat mahupun orang ramai yang masih keliru dengan pelaksanaan CBP boleh menghubungi agensi berkenaan untuk keterangan lanjut.
"Kita ada menyediakan kiosk Kastam di seluruh negara untuk membantu rakyat mendapatkan segala informasi mengenai pelaksanaan GST pada setiap masa," katanya.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat melalui laman sesawang rasmi CBP iaitu www.gst.customs.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-300-888-500.
Bernama
Tue Oct 28 2014
Syarikat yang tidak mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebelum 31 Dis ini, akan 'didaftar secara paksaan'.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.