Peserta Persidangan Nasional GST 2014 pada July 10 & 11 boleh mendapatkan tuntutan semula daripada Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Dipetik daripada Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata perkara ini sudah dipersetujui oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

“Ini merupakan satu bonus kepada peserta yang mahu memperkasakan diri mereka tentang kepentingan dan pelaksanaan GST,” katanya lagi.

Menurut Yong, peserta akan diberikan satu sijil daripada Bernama yang boleh digunakan untuk tuntutan semula daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Yong menyeru semua yang mahu untuk mengetahui lebih lanjut tentang GST untuk menyertai persidangan itu yang akan diadakan di hotel DoubleTree Hilton.

Objektif persidangan itu adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai GST yang akan dilaksanakan pada Apr 1, 2015.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan merasmikan persidangan ini.