SPENCER Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.
Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa bahawa gambar yang digunakan oleh Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.
Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.
Dia yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album.
Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS).
Namun, peguam Elden, Robert Y. Lewis, berpendapat, kepingan dolar AS yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan "seperti buruh seks".
Kes undang-undang juga menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat, tetapi perjanjian itu tidak disahkan.
Elden mendakwa identiti sebenarnya dan namanya sering terkait dengan eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur.
Dia mendakwa melalui penderitaan dan akan terus mengalami tekanan seumur hidup susulan daripada hasil karya album itu termasuk tekanan emosi yang melampau dan kekal serta gangguan kepada pembesarannya dan kemajuan pendidikannya serta memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.
Untuk itu, dia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM630,000) daripada setiap seorang 15 defendan yang turut melibatkan anggota band yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic; pengurus harta tanah Kurt Cobain; Bekas isteri Cobain Courtney Love; dan jurugambar Kirk Weddle.
Agensi
Wed Aug 25 2021
Elden yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan bahawa ibu bapanya tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album. - Foto Instagram/spencerelden
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.