PENYANYI Stacy akui terkejut selepas menerima berita pemergian anak penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema Nora Ariffin, Muhammad Syakir Alif Johan pada Sabtu lalu (14 Disember).

Kata Stacy, Aliff seorang anak seni yang sudah lama mengikuti perkembangan kariernya dalam bidang muzik.

Malah dedah isteri kepada penyanyi, Akim Ahmad berkata Aliff seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam menuntut ilmu.

"Innalillahiwainnailaihirojiun..Salam takziah kepada kak @itsnoraariffin sekeluarga atas pemergian anak tercinta.

"Saya masih terkejut dengan berita ini dan masih tidak percaya. I love you adik dan thank you so much kerana dari kecil lagi beliau sering mengikut perkembangan saya dalam muzik.

"Beliau mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam bidang nyanyian dan tidak pernah putus asa dan juga selalu rajin bertanya tentang progress beliau.

"Panjang yang nak diungkapkan tidak terkira. Allah lebih sayangkan kamu adik dan ramai yang menyayangi kamu disini dan terkejut dengan berita mengejut ni.

"Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Ya Allah.

"We gonna miss you Alif...Nanti kami juga akan menyusul ya Alif," tulis Stacy di Instagramnya.

BACA: Anak Nora Ariffin meninggal dunia

BACA: "Alif hantar ke airport pagi tadi" - Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya

innalillahiwainnailaihirojiun...



BACA: 'Alif pergi jumpa papa.. dia tak balik dah..' - Nora

BACA: "Bedah siasat arwah Alif tiada yang pelik" - Nora

Alif anak kedua daripada empat beradik merupakan yang paling rapat dengan Nora menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya.

Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah selepas menghantar Nora ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Allahyarham pernah menyertai program realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.