awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2015
14:17 MYT
Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf
Laman Twitter sejak beberapa hari ini heboh memperkatakan kisah persengketaan antara Azwan Ali dan peminatnya di atas satu perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.
Laman Twitter sejak beberapa hari ini heboh memperkatakan kisah ‘persengketaan’ antara Azwan Ali dan peminatnya di atas satu perselisihan faham mengenai cadangan tempat makan.
Sehubungan dengan amaran itu, Azwan dilihat telah memuat naik satu kapsyen panjang di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.
pahala
Azwan Ali
Keletah personaliti TV yang pernah mengacarakan beberapa program TV popular, memang sinonim dengan kelantangannya.
Kisah bermula beberapa hari lalu apabila Azwan salah sangka peminat bernama Nur Azira Wazi Azman mengutarakan kata-kata kejian kepadanya yang sebenarnya merupakan nama sebuah restoran.
Azwan dilihat terus mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun terhadap Azira yang berterusan dalam bentuk beberapa siri tweet makian serta pelbagai muat naik video di Instagram.
Ekoran kasihan terhadap nasib Azira, pemilik restoran yang diperkatakan iaitu Me'nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya untuk makan percuma di restoran itu.
Assalamualaikum. First of all, I nk berterima kasih kat Oh!Media because viral kan that case. Hehehe yeayyy dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar! Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4k ( bills for iftar today ). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang, soon HATERZZZ yang ramai hokey! Thanks shout out to Chef Mustaffa (Master Butcher Chef/Founder), Me'nate Steak Hub, Ampang Jaya. Owner tersangat la peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang disana! Steak yg disajikan untuk kami sangat sedap, soft, dan terasa zassss herb dia! Juicyy juicy steak dia, terasa meleleh masa kunyah daging2 dia. Oh my over tau i cerita. Hahaha tapi this is fact okay!!
Tidak terhenti setakat itu, Azwan berterus mengeluarkan kata-kata makian di Twitter yang memperlekehkan situasi itu dan langsung tidak menghiraukan permohonan maaf Chef Mustaffa terhadap kekeliruan nama premisnya.
BACA: Hina juadah bazar Ramadan, Azwan Ali dikecam di Twitter
BACA: Aku nak jadi hos program wanita, kau mampu? - Azwan Ali
azwan
azwan
Isu ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Beliau menyatakan akan membuat laporan polis atas kelantangan mulut Azwan kecuali pengacara itu meminta maaf terlebih dahulu.
BACA: 'Tweet Azwan Ali bukan macam orang berpuasa' - Mufti Perak
“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa,” ujar Abdul Rani.
Azwan Menate3
Azwan Menate3
Topic Berkaitan
#Abdul Rani Kulup
#Azwan Ali
#Chef Mustaffa Othman
#Me'nate Steak Hub
#MJMM
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan