GEORGE TOWN: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di SPICE Arena Bayan Baru, di sini, petang ini berlangsung dalam suasana muhibah dengan dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat berbilang kaum, yang datang dari seluruh pelusuk negeri.
Selain rakyat Pulau Pinang, pelancong asing juga dilihat tidak ketinggalan hadir bagi merasai sendiri kemeriahan suasana sambutan, di samping menikmati pelbagai juadah makanan Melayu, Cina dan India yang disediakan.
Terdahulu, Chow bersama isteri Tan Lean Kee yang berpakaian sedondon berwarna merah, meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor.
Selain itu, hadir sama barisan kepimpinan kerajaan negeri dan pusat antaranya Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih yang juga Pengerusi DAP Lim Guan Eng; serta veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang.
Selain menggaul 'Yee Sang' yang menjadi tradisi masyarakat Cina, para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian singa diikuti, tarian kebudayaan serta nyanyian.
Chow ketika ditemui berkata majlis tersebut yang dianjurkan setiap tahun, bukan saja bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, tetapi lebih penting menjadi platform mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.
"Sambutan sebegini bukan saja diadakan sempena Tahun Baharu Cina tetapi perayaan lain juga. Pemimpin dan masyarakat perlu seiring bersama-sama beri galakan untuk terus berusaha membangunkan negeri ini," katanya.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui meluahkan keterujaan kerana dapat bersama-sama menyambut Tahun Baharu Cina biar pun berlainan agama.
M. Barethi, 41, dari Simpang Ampat berkata dia terharu melihat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang hadir, sekali gus menggambarkan semangat Malaysia MADANI seperti yang sering dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun ini perayaan masyarakat Cina tetapi kita dapat lihat ramai dari kaum lain Melayu, India yang turut hadir dan ini menunjukkan betapa kita hidup dalam suasana yang harmoni," katanya yang hadir bersama suami Ananda Raj, 41.
Mazidah Musa, 41, pula gembira dengan semangat muhibbah yang ditonjolkan, menerusi kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan latar belakang.
Bagi pasangan suami isteri dari Rusia Anastasia, 34, dan Dmytro, 40, yang sudah tujuh tahun menetap di Pulau Pinang berkata majlis sedemikian sememangnya amat dinantikan, kerana dapat merasai pelbagai juadah makanan tempatan, selain menikmati persembahan yang disajikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor. - Gambar Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.