DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Jumaat, 27 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) Kematian Adib disebabkan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali - Hakim Koroner

Mahkamah Koroner memutuskan kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali.

2) Inkues Adib: Ibu dan bapa Allahyarham menangis, sujud syukur

Ungkapan kesyukuran yang diucapkan bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63 tahun, sejurus selepas mahkamah memberikan keputusan inkues anaknya.

3) Peguam keluarga Adib sebak terima keputusan mahkamah

Peguam keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, Syazlin Mansor melahirkan rasa syukur dan sebak selepas keputusan mahkamah bahawa punca kematian anggota bomba itu disebabkan jenayah.

4) Muhyiddin percaya PDRM akan siasat secara terperinci kes kematian Adib

Menteri Dalam Negeri percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat secara terperinci kes kematian anggota bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

5) Jangan sesuka hati keluar 'fatwa' gelar suspek syahid, polis kafir - KPN

Tindakan beberapa individu yang mengeluarkan "fatwa" berlandaskan kefahaman sendiri dan melabelkan suspek sebagai "syahid" serta "polis kafir" adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

6) Gempa Maluku: Angka kematian meningkat kepada 23 mangsa

Gempa berukuran 6.5 magnitud itu turut menyebabkan lebih 500 penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal akibat kerosakan kediaman dan bangunan.

7) Dasar mesra peniaga harap dapat gamit pelabur - Tun Mahathir

Dasar mesra pelabur yang diamalkan Malaysia sejak dahulu hingga kini diharap mampu menggamit pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini terutama dari Amerika Syarikat.

8) RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan AS

England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.

9) Vape membunuh? Netizen tak puas hati dengan pandangan Dr Amalina

Doktor bedah Dr Nur Amalina Che Bakri melahirkan rasa bimbangnya terhadap penggunaan elektronik atau vape yang semakin menjadi kegilaan golongan muda ketika ini.

10) "Perkara ini tak seharusnya berlaku..." - Mamat Exists kini hadiri sesi kaunseling

Vokalis kumpulan Exists, Mamat mendedahkan dirinya sedang menghadiri sesi kaunseling untuk memulihkan masalah ketagihan yang dihadapinya.