ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 9 Oktober 2019.

1) Utusan tutup operasi hari ini

Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu hari ini.

2) Mansuh Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan Dewan Rakyat, sekali lagi

Dewan Rakyat sekali lagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selepas ditolak di Dewan Negara sebelum ini.

3) Mangsa banjir Baling kembali ke pusat pemindahan

Selepas dibenarkan pulang pada Selasa, mangsa banjir di daerah Baling terpaksa berpindah kembali ke pusat pemindahan malam tadi selepas hujan lebat sejak awal malam mengakibatkan kediaman mereka kembali dinaiki air.

4) Liwat rakan sel, banduan berdepan hukuman penjara dan sebat

Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan meliwat rakan selnya pada September lalu.

5) Belanjawan 2020: KBS mohon dana khas RM6 bil untuk belia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memohon dana khas berjumlah RM6 bilion bertujuan mencipta peluang pekerjaan baharu bagi golongan belia.

6) Kes fitnah: Polis mungkin akan panggil Najib

Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas perdana menteri itu yang didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming.

7) "Ada perjanjian bertulis peralihan kuasa" - Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, ada perjanjian bertulis yang menyatakan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

8) Tolak Kerajaan Melayu: Abdul Hadi, Dr Mahathir sependapat

Kerajaan yang mentadbir Malaysia perlu mewakili masyarakat majmuk negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, selari dengan pandangan yang dilontarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

9) PBB mungkin tak cukup duit bayar gaji pekerja bulan depan

Statusnya badan dunia, namun hakikatnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut berdepan masalah kewangan.

10) Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei

Rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) kini kembali menghiburkan malam Jumaat anda.