ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 31 Oktober 2019.

1) Jadual padat menanti Perdana Menteri di Sidang Kemuncak Asean ke-35

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mempunyai jadual padat sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak Asean ke-35 di sini.

2) Singapura nak air murah, tapi tak mahu bantu Malaysia buat jambatan baharu - Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju meneruskan Projek Rapid Transit System (RTS) Link, ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor.

3) Malaysia pertimbang lantik konsul kehormat Palestin - Saifuddin

Selepas mengumumkan bakal membuka pejabat perwakilan diplomatik ke Palestin yang bermastautin di Amman, Jordan, Malaysia kini pertimbang membuka konsulat serta pelantikan konsul kehormat di Palestin.

4) Dewan Rakyat kecoh: Tajuddin Rahman diusir, Khalid Samad ditegur Speaker

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) digantung dua hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat.

5) Jho Low dapat suaka, kini menetap di UAE

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

6) Semua suspek LTTE tidak dapat tawaran jaminan

Semua 12 suspek penyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak mendapat tawaran jaminan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

7) Rogol anak tiri OKU, warga Bangladesh dipenjara 10 tahun, 10 sebatan

Tindakan durjana seorang lelaki warga Bangladesh merogol anak tirinya warga tempatan yang juga orang kelainan upaya (OKU) mental, tahun lalu berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh pada Khamis.

8) Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.

9) Buah tangan Siti Nurhaliza untuk pesakit jantung

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan anak-anak sekecil usia 4 tahun yang menghidap penyakit jantung. Itulah yang dirasai sendiri oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

10) Piala Malaysia: Sanggup 'berkhemah' di stadium demi tiket final

Walaupun keadaan cuaca tidak menentu di negeri ini ketika ini, sekumpulan penyokong skuad bola sepak Kedah sanggup melakukan "kerja gila" dengan mengambil keputusan untuk tidur di perkarangan Stadium Darul Aman.