PONTIAN: Seramai 10 individu ditahan di sini pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
Menurutnya, polis turut menahan lima migran yang cuba keluar masuk ke Malaysia menerusi jalan yang tidak diwartakan.
"Pada jam 11.15, Rabu lalu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Daerah Pontian bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (Kukup) telah menahan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transpoter dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.
"Selain menahan 10 individu tersebut, polis turut merampas sebuah kereta dan bot dipercayai digunakan sebagai pengangkutan dalam aktiviti (penyeludupan), tersebut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kes juga disiasat di bawah Seksyen 26J Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih (5) tahun dan juga boleh dikenakan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada (3) bulan dan tidak melebihi (2) tahun dan sebat tidak kurang dari (3) sebatan jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 19 2024
Bot, kereta dan wang tunai serta telefon yang dirampas. - Foto IPD Pontian
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Sungai Golok surut, tidak mustahil wujud pangkalan haram baharu - Kastam
Kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa.
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
Sindiket penyeludupan di sempadan negara: 15 lagi penjawat awam ditahan
SPRM) menahan 15 lagi penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak secara haram melalui pintu masuk negara.
SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, 38, dengan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan
Lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka
Usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan.
Polis Marin rampas penyeludupan 60,700 liter diesel subsidi di Masai
Polis besemua lelaki berusia 29 hingga 61 tahun itu, ditahan kira-kira pada jam 1.35 tengah hari oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua.
Polis Kelantan perkukuh kerjasama dengan Thailand tangani jenayah, penyeludupan
Polis Kelantan akan terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam menangani segala permasalahan khususnya berkaitan jenayah dan penyeludupan di sempadan kedua-dua negara.
Kastam Kelantan tingkat pemantauan cegah penyeludupan di Sungai Golok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan meningkatkan pemantauan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dilakukan segelintir penduduk yang menetap di sepanjang 103 kilometer (km) Sungai Golok.