KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) berkata sejumlah 106,764 alamat protokol internet (IP) yang berdaftar di Malaysia telah membuat perkongsian pornografi kanak-kanak sejak dari tahun 2017 sehingga Ogos 2022.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof, maklumat itu adalah hasil perkongsian yang dilaporkan PDRM.
Pada masa yang sama katanya berlaku peningkatan penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak.
"Kalau kita lihat laporan PDRM, peningkatan berlaku dan aduan-aduan yang diterima polis, kita bimbang peningkatan penggunaan internet dan pemantauan ibu bapa semakin menurun.
"Kadar penggunaan internet meningkat pada tahun 2020 berbanding 2018 sebanyak 42 peratus yang guna internet lebih 9 jam sehari," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak di sini hari ini.
Jelasnya lagi, trend perkembangan tidak sihat itu melibatkan golongan rentan memandangkan bahan pornografi kanak-kanak terdedah yang mendorong berlaku jenayah seksual ke atas golongan tu.
User Surveys 2020 yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM), mendapati berlaku peningkatan sebanyak 65 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun menggunakan intermet berbanding dua tahun sebelumnya.
Siti Zailah berkata, apa yang membimbangkan tinjauan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2020 mendapati tahap kesedaran kawalan ibu bapa terhadap penggunaan internet anak-anak menurun daripada 62.5 peratus pada 2018 kepada 53.3 peratus pada 2020.
Keadaan ini disebabkan oleh kesibukan ibu bapa sehingga mengabaikan kawalan penggunaan internet ke atas anak-anak mereka.
Selain itu kajian mendapati penggunaan gajet telefon adalah paling popular iaitu 98 peratus dalam kalangan kanak-kanak.
Kajian LPPKN juga mendapati 78.3 peratus ibu bapa di Lembah Klang membenarkan anak-anak mereka memiliki gajet.
Pihak kementerian menurut Siti Zailah turut menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat bagi menangani isu berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Tue Sep 06 2022
Kajian LPPKN juga mendapati 78.3 peratus ibu bapa di Lembah Klang membenarkan anak-anak mereka memiliki gajet.- Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga Jerman ditahan di Thailand, penderaan seksual kanak-kanak
Jabatan Siasatan Khas Thailand menemui peranti elektronik yang mengandungi lebih 10,000 imej lucah kanak-kanak, termasuk gambar anak perempuan suspek.
Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'
Miliki 19,011 video, gambar pornografi kanak-kanak, pembantu kedai ubat dipenjara, denda
Lelaki dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, selepas disabitkan kesalahan memiliki video dan gambar pornografi kanak-kanak.
Pekerja jagaan didakwa dera, rogol 91 kanak-kanak
Seorang bekas pekerja jagaan kanak-kanak di Australia didakwa dengan 1,623 pertuduhan mendera 91 kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan rogol dan 110 pertuduhan persetubuhan dengan kanak-kanak di bawah
Penyampai berita BBC terheret skandal gambar lucah, isteri sahkan Huw Edwards ada masalah mental
Huw Edwards didakwa membayar seorang anak muda beribu-ribu pound untuk gambar seksual yang eksplisit.
Ibu didakwa amang seksual dua anak lelaki, arah rakaman pornografi
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Dewan Negara lulus RUU Pindaan Kesalahan Seksual Kanak-Kanak
Pindaan yang dilakukan itu mengambil kira kes jenayah yang begitu sofistikated, seiring kemajuan teknologi dan memerlukan pindaan kepada takrifan atau interpretasi jenayah itu diperluaskan.
Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-kanak dilulus
Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu kepada kanak-kanak, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Akta Komunikasi dan Multimedia diteliti selaras penubuhan pasukan banteras pornografi kanak-kanak
Ia dibincangkan bersama Kabinet yang setuju beberapa undang-undang perlu diteliti semula dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.
Penubuhan unit khas beri impak positif banteras jenayah pornografi kanak-kanak
Acryl Sani berkata pihaknya mengalukan-alukan unit khas tersebut dan akan turut bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha mengesan pelaku yang terlibat.