KUALA KANGSAR: 12 individu termasuk dua lelaki beragama Islam ditahan setelah dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian laga ayam di sini, pada petang Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Omar Bakhtiar Yaacob, tangkapan itu dibuat dalam satu serbuan menerusi Op Dadu pada jam 4.45 petang.
"Tangkapan itu dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
"Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis telah menahan 12 lelaki yang terdiri daripada tujuh lelaki Cina, empat lelaki India dan seorang lelaki Melayu.
"Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 32 hingga 64 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti judi laga ayam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Omar Bakhtiar berkata, polis turut merampas satu unit kain kanvas, 20 batang besi pancang, dua unit taji sabung ayam, satu unit penimbang elektronik, satu meja besi, enam kerusi plastik, 11 sangkar ayam, satu unit kotak kayu, lima kelambu ayam, 14 ekor ayam laga dan wang tunai berjumlah RM5,852.
"Kesemua tangkapan telah direman selama tiga hari mulai Isnin hingga 20 Mac bagi siasatan lanjut," katanya.
Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953/Seksyen 32(1) (a) dan Seksyen 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Aida Aziz
Mon Mar 18 2024
Antara ayam yang dirampas dalam satu serbuan menerusi Op Dadu pada Ahad. - Astro AWANI
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.
SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi
SPRM membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Judi Piala Dunia: Tiga lelaki didenda RM7,300
Tiga lelaki termasuk seorang nelayan didenda RM7,300 di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, kerana menjalankan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2022.
14 ditahan jalankan kegiatan judi di Kedah
Polis Kedah menahan 14 individu dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mulai 1 Januari 2023.
122 premis judi dipotong bekalan elektrik di Johor
Sebanyak 122 premis perjudian haram di Johor telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dalam Op Bersepadu sejak awal tahun sehingga hari ini.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat judi
Kedua-dua suspek yang ditahan di dua lokasi berasingan itu berumur antara 20 hingga 50 tahun.