KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 buah bas ekspres dilarang berada di jalan raya selepas didapati tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata tindakan tersebut diambil menerusi pemeriksaan Ops Khas Terminal sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.
Katanya, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 2,801 buah bas di 28 terminal di seluruh negara sejak 1 Feb lepas hingga semalam.
Operasi ini dijalankan bagi memastikan bas yang akan digunakan mampu beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah, katanya dalam sidang media Ops Khas Terminal, di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, semalam.
“Dalam operasi ini, sebanyak 44 buah bas telah diambil tindakan dengan 13 daripadanya tidak dibenarkan berada di atas jalan raya kerana tahap keselamatan sangat rendah serta tidak mencapai standard keselamatan yang ditetapkan.
“JPJ juga menjalankan ujian saringan urin erhadap 187 pemandu bas dan daripada jumlah itu empat pemandu didapati menggunakan barang terlarang. Kes telah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tindakan lanjut,” katanya.
“Selain itu, katanya, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan teknikal terhadap tayar, sistem brek dan peralatan keselamatan bas-bas berkenaan bagi memastikan kelancaran perjalanan selain penumpang mendapat perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat serta selesa ke destinasi yang dituju.
“Pemeriksaan buku log juga dibuat untuk memantau pergerakan kenderaan terbabit berada dengan sempurna,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan supaya melaporkan aduan secara terus atau masa nyata (real-time) dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Lokman (dua, kanan) meninjau, memeriksa dan membuat audit pematuhan bas-bas sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.