Kesemua 13 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang masing-masing dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah sehingga sebutan semula kes pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, dibenarkan menyambung semula pengajian di universiti itu.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata keputusan itu diambil pihak UPNM bagi memberi peluang kepada penuntut berkenaan untuk menyambung pengajian mereka sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dakwaan membabitkan mereka.
"Tiga belas pelajar yang dibebaskan masih penuntut sah UPNM. Mereka berhak dilayan sebagai pelajar.
"Kesemua mereka akan dibantu kaunselor bagi mengatasi masalah gangguan emosi dan trauma sekiranya ada," katanya selepas menghadiri Majlis Iftar Semarak Kasih Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.
Mangsa, Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan pada 22 Mei lalu.
Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.
Berikutan kes itu, 13 penuntut terbabit yang kesemuanya berumur 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada 14 Jun lepas bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan 13 tertuduh, masing-masing diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes itu.
Berkaitan kes sama, selain mereka, lima lagi penuntut UPNM turut dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Seorang lagi didakwa bersubahat bersama lima tertuduh membunuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman serupa.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula kes itu membabitkan enam penuntut itu.
Idris menegaskan bahawa buli bukanlah suatu budaya bagi mana-mana penuntut universiti kerana ia boleh membawa kesan buruk sehingga meragut nyawa.
"Ia (buli) seharusnya tidak boleh berlaku di mana-mana pusat pengajian kerana gejala itu hanya berlaku di peringkat sekolah," katanya.
Terdahulu pada majlis itu, Idris melancarkan Buletin MPN (Pemikir Negara) yang merupakan cetusan idea para ilmuwan bertujuan menjayakan agenda pembangunan negara serta melaporkan aktiviti dan program golongan ilmuwan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2017
Sebahagian daripada 13 penuntut yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada 14 Jun lepas bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. - Gambar fail
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
AADK pantau PPDP agar tiada unsur dera, aniaya atau buli pelanggan
Katanya, meskipun PPDP menggunakan kaedah tersendiri dalam silibus pemulihan mereka, tidak bermakna pengusaha boleh melanggar peraturan.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.
Pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekolah
Seorang pelajar yang tular kerana memukul berkali-kali bahagian muka rakannya menggunakan topi keledar telah ditahan polis.
Noktahkan generasi pembuli dengan undang-undang, kata pakar
Sepanjang tahun ini setakat Oktober lalu sebanyak 4,994 kes buli dilaporkan, berbanding 3,887 kes pada 2022 dan 326 kes pada tahun sebelumnya.
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari asrama akibat dibuli.
Dakwaan buli: Ibu kepada remaja lari dari asrama buat laporan polis
Beliau berkata laporan polis dibuat di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini pada pukul 11.16 pagi.
Kes Buli: Tunggu laporan lengkap, pihak pengurusan sekolah enggan beri kenyataan
Pihak pengurusan berkata segala kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas laporan dan proses siasatan lengkap dilakukan.
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.
Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.