awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Rayuan putuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam kes kematian tahanan
Prestasi "yo yo" NSFC perlu diperbaik segera - Aminuddin
Polis kenal pasti dua individu disyakit terlibat kes pemalsuan dokumen pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 anggota IPD Kota Bharu kontak rapat tahanan positif COVID-19 dikuarantin

Bernama
Bernama
29/12/2020
13:22 MYT
15 anggota IPD Kota Bharu kontak rapat tahanan positif COVID-19 dikuarantin
Kesemua mereka sudah menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja dikesan menjadi kontak rapat kepada tahanan terbabit. - Bernama
KOTA BHARU:Seramai 15 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kini dikuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti kontak rapat dengan seorang tahanan positif COVID-19 dari Selayang, Selangor.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Pian berkata, mereka termasuk seorang pegawai telah menjalani ujian swab pada 25 Disember lepas dan didapati negatif.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan ujian kali kedua yang dilakukan terhadap semua anggota polis lelaki itu semalam dijangka diperoleh dalam masa terdekat.
"Sebelum ini kesemua mereka sudah menjalani kuarantin di rumah sebaik sahaja dikesan menjadi kontak rapat kepada tahanan terbabit. Kita berharap keputusan yang bakal keluar adalah negatif dan tiada anggota yang dijangkiti di dalam pasukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, kira-kira 1,000 individu di negeri itu menjalani ujian saringan COVID-19 di klinik kesihatan dan hospital semalam.
Mereka terdiri daripada individu yang balik dari luar negara, kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 serta yang hadir secara sukarela membuat ujian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ujian saringan
#Kota Bharu
#polis
#Tahanan
#IPD
#anggota
#IPD Kota Bharu
#positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan