MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, di sini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Norlizan Mohd Noor berkata bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit ASF, JPV telah menguatkuasakan 'stamping out policy' menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif ASF.
"Pemusnahan babi itu juga menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna.
"Sehingga semalam sejumlah 1,864 ekor ternakan babi yang disahkan positif ASF di kawasan Paya Mengkuang itu juga telah dimusnahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norlizan berkata aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang ternakan babi di Paya Mengkuang terus aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan penyakit ASF di semua 35 ladang babi di kawasan tersebut.
Beliau berkata aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga diaktifkan melibatkan semua ladang penternakan babi di seluruh negara.
"Penternak dan orang awam diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
JPV mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.
Anjing terbiar: JPV keluar notis penambahbaikan kepada MPKL
JPV mengeluarkan Notis Penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta 772 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambahbaikan) 2020 kepada MPKL.
Pemandu lori didenda RM6,000 pindah 20 ekor lembu tanpa kebenaran
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Ogos lepas.
JPV diarah pantau penternakan punca pencemaran Sungai Rambai
JPV bertanggungjawab memantau ladang penternakan secara berterusan selain akur pada undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan pihak penternak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.
Aktiviti sembelih korban perlu permit JPV - Exco Terengganu
Ia bagi memastikan haiwan yang disembelih itu bebas daripada sebarang penyakit dan menjamin keselamatan makanan.
Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu
Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.
Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV
Ini bagi memastikan binatang yang disembelih sihat, mempunyai pemilik dan bebas daripada sebarang penyakit bagi menjamin keselamatan makanan.
1,864 ekor babi ternakan ladang komersial di Paya Mengkuang positif ASF dimusnahkan - JPV
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.
JPV kesan penyakit ASF di tujuh ladang komersial di Paya Mengkuang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.
Sampel lembu disyaki dijangkiti LSD di Simpang Pulai dihantar ke makmal
JPV Perak telah mengambil sampel lembu dari sebuah ladang di Simpang Pulai, Ipoh, untuk diuji di makmal.