SONGKHLA: Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla.
Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mej Jen Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Beliau berkata insiden berlaku kira-kira 6.30 pagi (7.30 pagi Waktu Malaysia) dan ketika itu tujuh pekerja SRT berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memperbaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom itu.
BACA: Landasan kereta api Hat Yai- Padang Besar dibom
Beliau berkata satu letupan berlaku kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pertama.
"Letupan kuat menyebabkan tiga pekerja meninggal dunia di tempat kejadian. Kerja-kerja mengeluarkan mayat sedang diusahakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada Sabtu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas di landasan kereta api itu dibom.
Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan. Siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di atas landasan.
SRT memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pekerja kereta api yang terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan pekerja lain.
Insiden itu turut menyebabkan landasan mengalami kerosakan teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital. - Gambar/ FB SRT PR Team
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Anak gajah mati dilanggar lokomotif kereta api
Ketika kejadian pada jam 8.19 malam, terdapat seramai 70 penumpang berada di dalam tren dan semua dilaporkan selamat.
Mogok kereta api berulang di Jerman
Perkhidmatan sebahagian besar rangkaian kereta api jarak jauh dan wilayah Jerman terhenti pada pagi Khamis apabila pemandu memulakan mogok 35 jam berikutan kegagalan dalam rundingan gaji.
18 set ETS, komuter KTMB akan dibaik pulih - Anthony Loke
Loke berkata pihaknya berhasrat untuk menambah bilangan set ETS bagi menambah kekerapan perjalanan tren untuk penumpang pada setiap masa.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Gelombang sejuk landa beberapa negeri di utara India, kabus jejas penerbangan, tren
Pada pagi Jumaat, stesen cuaca utama New Delhi di Safdarjung merekodkan suhu minimum 9.4 darjah Celsius.
Operasi Shinkansen dihentikan sementara di Ishikawa
Menurut pihak berkuasa Kereta Api Jepun, pada masa ini tiada rancangan untuk menyambung semula operasi.
Bangkok sepi warga kota pulang ke kampung sempena tahun baharu
Menjelang Tahun 2024, Bangkok mengalami fenomena biasa - penduduk memulakan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.
11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur
Nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang.
Lapan maut, empat cedera kereta api bertembung di Thailand
State Railway of Thailand (SRT) berkata lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 dan 64 tahun, maut dalam kemalangan itu.
Kerajaan jalankan kajian kebolehlaksanaan rangkaian rel di Sarawak - Loke
Satu kajian kebolehlaksanaan akan dijalankan tidak lama lagi bagi mengukur daya maju sistem rel yang akan dibina di Sarawak.