Kebanyakan perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru tahap kesepakatan antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dipertingkatkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Wakil Kedah, Mohd Ridhwan Razali berkata, parti di dalam PR perlu bermuafakat dan berhemah walau pada masa dilanda krisis.
"Tugas mantapkan parti tanggungjawab bersama. Isu Selangor yang hangat diperkatakan sekarang juga kena selesaikan cepat-cepat.
"Itu gunanya muafakat di dalam PR. Jika dalam politik, hasilnya kosong jika satu daripada tiga parti tidak sepakat dalam memutuskan sesuatu isu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK di sini.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dalam ucapan dasarnya menyifatkan ahli PKR yang cuba menjadi penghasut agar parti keluar dari PR sebagai 'musuh dalam selimut' yang menjadi punca pergolakan di dalam parti.
Kata Shamsul, golongan ini dilihat tidak mempunyai semangat tokoh terdahulu parti dalam perjuangan membela rakyat.
Dalam pada itu, perwakilan Perak, Mohd Shahanaz Mohd Nazaruddin tidak mahu krisis di Perak pada 2009 terjadi sekali lagi di Selangor.
"Kita tidak mahu kejatuhan PKR seperti di Perak dahulu berulang di Selangor. Kita perlu bersatu hati dan berbincang seandainya ada isu berbangkit yang perlu diselesaikan bersama," ujarnya.
Sementara itu, perwakilan Selangor, Justin Raj pula mengakui krisis yang melanda negerinya dilihat menyakitkan dan proses menyelesaikannya turut disifatkan rumit.
Bagaimanapun jelasnya, ia akan diselesaikan dalam masa terdekat dan akan diperbetulkan mengikut kehendak kepimpinan parti.
Persidangan Kongres AMK diadakan di Dewan Bankuet, Wisma MBSA sementara persidangan Kongres Wanita bertempat di Stadium Malawati.
Kongres PKR ke-10 hari ini dimulakan dengan Kongres AMK dan juga Wanita Keadilan dan akan diikuti oleh Kongres Pimpinan Pusat pada Sabtu dan Ahad.
Dalam pada itu, ada juga perwakilan yang melihat krisis menteri besar yang melanda PKR disebabkan provokasi UMNO.
Perwakilan Sarawak, Abdul Rafidin Majidi menjelaskan, musuh utama PKR bukan sesetengah ahli di dalam parti yang disifatkan Shamsul 'musuh dalam selimut' tetapi UMNO.
Ia turut diakui perwakilan Melaka, Halim Abdullah yang melihat provokasi UMNO dicetus sejak PRU ke-12 lagi.
"UMNO dan BN sudah idam Selangor sejak dahulu lagi, jadi isu ini digunakan sepenuhnya untuk memberi provokasi kepada PKR.
"Namun kita faham peraturan sesebuah parti dan setia kepada kepimpinan parti," jelasnya.
Selain itu, beberapa perwakilan yang mewakili negeri-negeri lain turut memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor selain berjanji untuk bekerja keras mendapat sokongan anak muda menjelang PRU ke-14.
Wan Syamsul Amly
Fri Aug 22 2014
3 tolak 1 jawapannya 0 - Perwakilan AMK
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
'Jangan jadi lembu dicucuk hidung' - Ketua Pemuda UMNO
Dr Muhamad Akmal membidas kenyataan Pengarah Komunikasi AMK supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.
AMK buat laporan polis terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir
Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat M. Sathasivam di Balai Polis Travers.
Tawar RM5 juta bunuh PM, AMK buat laporan polis
AMK membuat laporan polis susulan tindakan seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tawaran berjumlah RM5 juta.
Akta Tatakelola Sektor Awam, Pelan Integriti asas pembangunan mampan - Perwakilan AMK
Pengenalan Akta Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti oleh kerajaan mampu menjadi asas kepada pembangunan negara yang lebih mampan menerusi amalan tatakelola yang baik.
AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syed Saddiq persoal AMK, orang yang sama kempen isu LCS sebelum PRU
Sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu, AMK antara kumpulan yang menyuarakan mengenai isu LCS, tetapi kini seolah-olah cuba 'membisu dan memekakkan telinga'.