JOHOR BAHRU: Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor, malam ini.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata kelab penyokong itu menyediakan 15 bas untuk membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas, 8 pagi tadi.
"Selain di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) terdapat banyak lagi bas dari gabungan kelab lain dan juga Boys of Straits yang akan sama-sama ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti," katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, di sini hari ini.
Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yang ditemui yakin pasukan kesayangan mereka akan membawa pulang Piala Malaysia ke selatan tanah air tahun ini.
Kamariah A. Kadir, 47, yang tiba seawal pukul 6.30 pagi berkata beliau menjangkakan skuad bimbingan Hector Bidoglio mampu menang sekurang-kurangnya 2-1 serta berharap tiada provokasi akan dicetuskan oleh mana-mana pihak malam ini.
Senada dengan itu, Awang Lazaman, 69, berharap kemenangan akan berpihak kepada JDT memandangkan rekod baik pasukan itu ke atas The Red Giants.
"Saya yakin kita tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana rekod JDT lawan Selangor pun baik jadi peluang tu ada," katanya.
JDT juara Piala Malaysia 2017 dan 2019, kecewa pada saingan akhir 2021 apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC manakala Selangor, pemegang rekod kejuaraan sebanyak 33 kali, terakhir mara ke final pada Piala Malaysia 2016 apabila tewas kepada Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022
Sebahagian daripada penyokong JDT yang sedia menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan memulakan perjalanan menaiki 15 bas dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin. - Bernama
Guru didakwa denda pelajar berdiri tengah panas disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat oleh ibu kepada salah seorang pelajar terbabit.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Penyokong Harimau Malaya terbaik di dunia - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan Malaysia mempunyai penyokong bola sepak antara yang terbaik di dunia.
Peminat Harimau Selatan, Penyu 'takluk' Stadium Nasional
Aspek keselamatan berada pada tahap optimum dengan anggota penguat kuasa dilihat bersiap siaga di sekitar stadium manakala anggota trafik mengawal lalu lintas.
Piala EFL: Pochettino tagih sokongan peminat Chelsea
Pengurus Chelsea itu memahami kekecewaan penyokong sambil mencadangkan terdapat alasan di sebalik persembahan mereka yang tidak tekal.
Pep Guardiola bidas dua penyokong tak beradab Manchester City
Guardiola menegaskan pasangan itu sama sekali tidak mewakili kelab berkenaan.
Dua penyokong ditahan ketika perlawanan Perak FC, JDT
Tangkapan itu bagaimanapun hanya melibatkan kesalahan kecil tanpa sebarang isu rusuhan atau pergaduhan.
Penyokong bola merusuh di Naples sebelum perlawanan Liga Juara-Juara
Beberapa kenderaan polis turut dibakar dalam insiden itu yang menyaksikan penyokong membaling batu ke arah sebuah bas di pusat bandar.
Penyokong KDA tidak puas hati keputusan pengadil
Keadaan di hadapan pintu utama stadium itu terkawal selepas pegawai dan anggota polis turut berada di situ.
Piala Dunia Qatar: Mexico didenda akibat sorakan homofobik penyokong
Sorakan berunsur negatif itu dikesan semasa perlawanan Mexico menentang Poland dan Arab Saudi di Qatar.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 35 penyokong akibat merusuh
Stadium Nasional bertukar lautan merah-biru, merah-kuning
Suasana di pekarangan stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu meriah dengan pelbagai acara serta aktiviti yang diserikan penyokong kedua-dua pasukan.