KOTA KINABALU: Lebih 1.17 juta atau 43.9 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 489,081 orang atau 19.6 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin tersebut.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha mempertingkat keupayaan suntikan setiap hari. Semalam, JKNS berjaya memberi suntikan 54,091 dos kepada penduduk Sabah iaitu menghampiri sasaran keupayaan maksimum JKNS sebanyak 59,000 dos sehari," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Masidi juga berkata kerajaan telah menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelbagai aktiviti yang dibenarkan dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Nasional termasuk pengoperasian restoran dan pasar raya.
"SOP menetapkan bahawa operator, pekerja dan pelanggan mestilah mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin. Kita juga sedia maklum bahawa ada di antara mereka dalam sektor ini belum menerima vaksin atau belum lengkap divaksin.
"Oleh itu, adalah dinasihatkan agar mereka yang belum divaksin segera mendapatkan vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat. Bagi pekerja-pekerja pasar raya, restoran dan hotel di sekitar Kota Kinabalu, mereka boleh datang ke PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah untuk vaksinasi," katanya.
Beliau berkata jumlah kes baharu positif COVID-19 Sabah hari ini ialah 1,654 yang menyaksikan penurunan sebanyak 398 kes berbanding 2,052 semalam.
"Daripada 1,654 kes hari ini, sebanyak 956 kes atau 57.8 peratus adalah daripada saringan kontak rapat dan 528 kes atau 31.9 peratus pula melalui saringan bergejala. Trend semasa memperlihatkan kenaikan ketara kategori bergejala di beberapa daerah.
"(Ini merupakan) Satu isyarat bahawa penularan virus COVID-19 semakin meluas dalam kalangan komuniti," katanya.
Masidi berkata satu kluster baharu direkodkan di negeri itu hari ini iaitu Kluster Donggongon yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja melalui pengesanan kes positif di sebuah premis badan berkanun di daerah Penampang.
"Kes indeks merupakan pembersih pejabat iaitu seorang wanita berusia 46 tahun yang disahkan hasil saringan bergejala dengan keputusan positif (RTK-Ag) di sebuah klinik swasta pada 4 Ogos 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Menurut Masidi, jumlah kes baharu positif COVID-19 Sabah hari ini ialah 1,654 yang menyaksikan penurunan sebanyak 398 kes berbanding 2,052 semalam. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).
Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.
Keputusan untuk tumpukan pada GRS demi kepentingan Sabah, Malaysia - Masidi
Masidi berkata peningkatan retorik agama dan kaum oleh sebahagian parti dari Semenanjung pada PRU15 adalah tidak konsisten dengan nilai kepelbagaian kaum dan agama Sabah dan Sarawak.
DUN Sabah: Tambahan RM68 juta bantu empat teras KKTP
Pertambahan peruntukan RM68.92 juta kepada RM204.03 juta bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Belanjawan Sabah 2023.