SEREMBAN: Seramai 45,402 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pelbagai pangkat termasuk pesara di seluruh negara dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), kata Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.
Beliau berkata penganugerahan itu merangkumi 16,421 anggota PDRM yang masih berkhidmat dan 28,981 pesara polis sebagai penghargaan atas pengorbanan serta bakti mereka kepada negara.
Katanya daripada jumlah itu, 12,981 anggota yang masih berkhidmat dan 13,530 pesara telah dianugerahkan pingat berkenaan.
"Bagi Kontinjen Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur penganugerahan telah selesai, selepas ini Kelantan dan Johor pada 30 Mac, manakala Sarawak sedang mendapatkan tarikh bersesuaian
Penganugerahan ini tidak mengira pangkat dengan Deputi Superitendan merupakan kategori tertinggi," katanya selepas Majlis Istiadat Penganugerahan PJPN Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop di sini.
Zaini berkata secara keseluruhan bagi kontinjen negeri ini, penerima PJPN yang masih berkhidmat terdiri daripada seorang pegawai Asisten Superitendan, Sub Inspektor (enam), Sarjan Mejar(15), Sarjan (56) dan Koperal (21).
Sementara itu, seorang pesara polis Sharudin Yusof, 73, menyifatkan penganugerahan tersebut adalah hadiah istimewa setelah meninggalkan pasukan beruniform itu 26 tahun lepas.
"Pengalaman bersama PDRM tidak akan saya lupakan terutama ketika bersama Pasukan F Cawangan Khas PDRM yang pernah menjadi 'senjata sulit' negara untuk menangani pemberontakan komunis.
Ketika itu saya terbabit secara langsung sebagai perisik dengan menyalurkan maklumat mengenai komunis kepada pihak berkuasa dan tiada siapa tahu kewujudan unit kami yang dikenali sebagai 'Pasukan F'," katanya yang menyertai PDRM pada 1969.
Sharudin berkata tugas terakhirnya adalah di Unit Cawangan Khas dengan pangkat Koperal sebelum bersara pada 1996.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Datuk Zaini Jass (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Bedah siasat mayat wanita warga emas dibunuh anak kandung masuk hari kedua
Bedah siasat ke atas mayat seorang wanita berusia lingkungan 80-an yang dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya sebelum disumbat di dalam peti sejuk beku di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, masih l
Suspek utama kes pijak penuntut UPNM selesai dirakam keterangan di IPD Cheras
Polis selesai merakam keterangan suspek utama kes buli seorang penuntut tahun satu UPNM yang cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.
Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis
Polis mengesahkan dua lelaki yang video mereka tular di media sosial kerana dipercayai meletakkan kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, pada dua minggu lalu sudah ditahan.
Ayob Khan tidak pernah ada akaun grup 'khas' atas namanya di WhatsApp - PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, tidak pernah mengendalikan sebarang akaun grup aplikasi WhatsApp.