SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
1. Terkini COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengesahkan 28 lagi kes baharu positif COVID-19.
Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 83 kes setakat pukul 12 tengah hari Jumaat.
Dr Noor Hisham berkata kesemua kes tersebut merupakan warganegara Malaysia dan mereka dikesan untuk rawatan selanjutnya.
Dalam pada itu, Pengerusi UDA Holdings Bhd, Datuk Hisham Hamdan mendakwa dirinya tidak dijangkiti COVID-19 susulan kunjungannya ke Shanghai, memandangkan beliau telah pulang dari bandar itu sebelum terdapat sebarang kes yang disahkan.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa gelombang kedua COVID-19 di Malaysia dikaitkan dengan dirinya.
2. Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa Jumaat.
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Baginda turut perkenan permohonan Tan Sri Tommy Thomas memendekkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari lalu.
3. Latheefa sah serah surat letak jawatan KP SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada Jumaat mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Surat itu dihantar pada Isnin, 2 Mac lalu dan tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Latheefa berkata tindakan itu merupakan keputusannya sendiri dan menafikan spekulasi yang beliau menerima tekanan untuk meletak jawatan.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO menyambut baik keputusan Latheefa kerana ia mampu mengembalikan kemandirian SPRM sekali gus memartabatkan prinsip kedaulatan undang-undang.
4. Harga RON95 turun 19 sen kepada RM1.89
Harga runcit petrol RON95 turun 19 sen manakala RON97 turun 21 sen dan diesel turun 17 sen berkuat kuasa 7 hingga 13 Mac ini.
Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 ialah RM1.89 seliter bagi tempoh berkenaan.
Harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing pula ialah RM2.19 dan RM1.96 seliter.
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
5. PAS tidak 'demand' kuota menteri
PAS tidak meminta berapakah kuota menteri dari partinya yang perlu diisi dalam pembentukan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata, Presiden Pas memutuskan supaya parti itu menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menentukan berapa ramai ahli parlimen PAS yang layak menganggotai Kabinet.
Selain itu, Takiyuddin menjelaskan PAS tidak meminta dan menentukan apa-apa kementerian untuk diisi oleh ahli-ahli Parlimen parti kedua terbesar orang Melayu itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap terbuka sama ada dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri atau tidak dalam barisan kabinet baharu nanti.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS menyerahkan isu berkenaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk membuat keputusan.
Astro Awani
Fri Mar 06 2020
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.