PUTRAJAYA: Keputusan memilih Ericsson sebagai penyedia perkhidmatan 5G di negara ini, dilakukan sepenuhnya oleh Digital Nasional Berhad (DNB), dengan amalan tadbir urus perolehan terbaik, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan tidak terlibat dalam proses pemberian kontrak 5G yang bernilai RM5 bilion tersebut.
Jelas MoF lagi, DNB telah melaksanakan amalan tadbir urus terbaik, serta menjamin ketelusan dalam penilaian, cadangan, serta proses keseluruhan tender.
“Proses Tender 5G telah bermula April ini, dengan 14 syarikat pembekal perkakasan rangkaian (NEP) global telah dikenalpasti melalui tinjauan pasaran.
“Proses penilaian tender telah dilaksanakan pada Mei dan Jun 2021 berdasarkan nasihat firma perunding antarabangsa Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, melibatkan lebih 50 profesional industri dan pakar bebas dari lebih 10 negara,” menurut jawapan bertulis itu lagi.
Terdahulu, Lim Lip Eng (PH – Segambut) mahu Menteri Kewangan menyatakan proses pemberian kontrak 5G bernilai RM11 bilion kepada Ericsson, memandangkan anggaran penyediaan sistem oleh Pasukan Petugas Khas 5G Kebangsaan hanya RM7.5 bilion.
Selain itu, beliau mahu mengetahui sekiranya ada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang pemberian kontrak tersebut.
MoF berkata, berdasarkan tiga kriteria utama – teknikal dan keupayaan (55%); komersial (30%); dan sosio-ekonomi (15%), Ericsson telah mendapat penilaian tertinggi.
“Dari segi teknikal, Ericsson telah mencadangkan rangkaian kalis masa hadapan (future-proof) dan mampan, dengan fungsi keselamatan siber yang jitu untuk memenuhi objektif DNB mencapai liputan 80 peratus kawasan berpopulasi pada 2024.
“Daripada segi kos, Ericsson telah menawarkan harga paling kompetitif, manakala daripada segi sosio-ekonomi, Ericsson telah memberi komitmen kepada program pembangunan sosio-ekonomi paling berimpak, termasuk penggunaan vendor tempatan dan Bumiputera,” menurut jawapan itu lagi.
Mengenai kos keseluruhan RM11 bilion, MoF berkata, jumlah itu adalah RM700 juta lebih rendah berbanding jumlah kos pembida terhampir selepas Ericsson, namun harga pembandingan pembida tidak boleh dinyatakan atas sebab obligasi kerahsiaan.
MoF berkata, RM4 bilion melibatkan kos perkakasan rangkaian, perkhidmatan pelaksanaan, serta penyenggaraan berterusan dan pengurusan rangkaian oleh Ericsson, yang terendah dalam kalangan pembida.
RM7 bilion pula, kata kementerian, berkaitan kos infrastruktur rangkaian pihak lain seperti kos menara telekomunikasi, gentian telekomunikasi, kuasa elektrik, serta lain-lain kos untuk tempoh 10 tahun.
MoF berkata, SPRM bebas menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti salah laku dalam proses tender 5G, tetapi MoF tidak bersetuju jika SPRM diminta menjalankan siasatan herdasarkan prejudis semata-mata.
Firdaus Azil
Wed Oct 13 2021
Menurut jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan tidak terlibat dalam proses pemberian kontrak 5G yang bernilai RM5 bilion. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.