awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/03/2021
08:53 MYT
68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN
Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis menangkap 68 orang yang dipercayai merupakan ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram.
Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru.
“Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti.
“Ia termasuk Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dibawah seksyen 44 (1) AMLATFPUAA 2001.
“Tindakan lanjut menjejak dan membekukan aset-aset berupa tanah, rumah dan bangunan sedang dijalankan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.
Tambah beliau, turut dirampas adalah wang tunai dari pelbagai negara berjumlah lebih RM700,000 dan 16 buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM6.67 juta.
“Nicky Liow mempunyai sejumlah 12 kesalahan lampau bersabit dadah dan jenayah kekerasan termasuk kes memukul anggota Rela pada 27 Oktober 2017.
“Hasil yang diperolehi daripada soal siasat awal, pihak polis telah mengenal pasti penglibatan pegawai dan anggota agensi penguatkuasa dan beberapa VVIP kenamaan yang bersekongkol bersama Geng Nicky.
“Pihak Task Force IPK Johor akan membuat tangkapan susulan dalam waktu terdekat ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya berkaitan Nicky Liow, Abdul Hamid menegaskan lelaki tersebut masih belum diberkas dan kini sedang bersembunyi.
"Saya percaya dia masih ada di dalam negara sebab rangkaiannya telah lumpuh dan adiknya pun kita dah tangkap.
"InsyaAllah kita akan dapat tangkap sedikit masa lagi," katanya.
Senarai barangan rampasan:
MATAWANG 1. RINGGIT (RM) : RM 557,009 2. CHINA : 269,070 YUAN (RM 170,488.90) 3. THAILAND : 19,920 BAHT (RM 2651.88) 4. SINGAPURA : 490 SGD (RM 1507.70) 5. USD : 9,100 USD (RM 37,733) 6. HONG KONG : 5,950 HKD (RM 3175) 7. INDIA : 4,100 RUPEE (RM 234.80) 8. INDONESIA : 60,000 RUPIAH (RM 17.27) 9. FILIPINA : 500 PESO (RM 42.63) 10. ENGLAND : 50 POUND (RM 285.60)
JUMLAH : RM 773,145.78 (ANGGARAN)
KENDERAAN 1. ROLLS ROYCE : 1 BUAH (RM 1.7 JUTA) 2. BENTLEY : 1 BUAH (RM 1 JUTA) 3. ALPHARD : 5 BUAH (RM 2 JUTA) 4. VELFIRE : 2 BUAH (RM 700 RIBU) 5. BMW : 1 BUAH (RM 70 RIBU) 6. MERCEDES : 3 BUAH (RM 600 RIBU) 7. PORSCHE : 1 BUAH ( RM 1 JUTA) 8. VOLKSWAGEN : 2 BUAH (RM 300 RIBU)
JUMLAH ANGGARAN NILAI(RM) : RM 6.67 JUTA
Topic Berkaitan
#Geng Nicky
#Winner Dynasty Group
#Nicky Liow Soon Hee
#Ketua Polis Negara
#Abdul Hamid Bador
#pengubahan wang haram
#polis
#integriti
#haram
#kereta
#KPN
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan