awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/04/2019
02:58 MYT
79 pelajar STAR dijangkiti H1N1 dibenarkan pulang
22 pelajar lagi masih diasingkan di pusat ko-kurikulum sekolah berkenaan. - Astro AWANI/Abd Razak Mohd Ali
Seramai 79 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, yang mengalami gejala Influenza A H1N1, dibenarkan pulang setelah diambil keluarga, untuk pengasingan di rumah masing-masing.
Baki 22 pelajar lagi masih diasingkan di pusat ko-kurikulum sekolah berkenaan.
Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, kes itu adalah yang kedua selepas tahun 2017 yang melibatkan dua buah lagi sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah.
Sehubungan itu, katanya, ibu bapa dan keluarga pelajar tidak perlu bimbang kerana sekolah mempunyai pengalaman untuk menguruskan situasi yang berlaku sekarang.
“Walaupun mereka dalam keadaan masih lagi belum bebas daripada sakit ini tapi tidak membimbangkanlah dan sekolah mempunyai kemampuan dan juga pengalaman yang cukup untuk menguruskan dan mempastikan bahawa keadaan pelajar-pelajar ini baik.
“Jadi jangan percaya dengan mungkin beberapa posting dalam media sosial yang tular yang mungkin memberi gambaran negatif dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika meninjau situasi pelajar yang dijangkiti Influenza A H1N1 di STAR pada Jumaat.
BACA: 12 kes baru Influenza A (H1N1) di STAR Ipoh
Setakat ini belum diketahui punca sebenar bermulanya penyakit tersebut kerana ada di antara pelajar berkenaan dikatakan mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti di luar sekolah.
Menurut Abdul Aziz, aktiviti di sekolah itu berjalan seperti biasa dan pelajar yang sihat mengikuti pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#abdul aziz bari
#H1N1
#Influenza A
#kuarantin
#sekolah
#STAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan