KUALA LUMPUR: Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif, kata Rakan Kongsi Audit dan Jaminan Grant Thornton Malaysia (GT), Foo Lee Meng.
Menurut laporan Women in Business oleh GT, Malaysia kekal konsisten dengan 40 peratus jawatan pengurusan kanan disandang oleh wanita sejak dua tahun lepas.
Data itu berdasarkan hasil dapatan dalam kaji selidik GT, menerusi kira-kira 5,000 temu bual pada Oktober hingga November 2023 dengan ketua pegawai eksekutif (CEO), pengarah urusan, pengerusi dan pembuat keputusan kanan lain daripada semua sektor industri dalam perniagaan pasaran pertengahan di 28 negara.
"Daripada data yang kami kumpulkan, pengarah sumber manusia, ketua pegawai kewangan (CFO) dan ketua pegawai pemasaran adalah tiga jawatan kanan paling teratas dipegang oleh wanita di Malaysia.
"Kami mendapati rekod tertinggi CFO wanita, dengan 54 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai CFO wanita, meningkat 14 mata peratusan daripada 40 peratus pada 2023," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peratusan perniagaan di Malaysia dengan CEO atau pengarah urusan wanita pula adalah 12 peratus pada 2024, di bawah purata global pada 19 peratus.
Foo berkata di peringkat global pada 2024, sebanyak 33.5 peratus jawatan pengurusan kanan dipegang oleh wanita dengan peningkatan hanya 1.1 mata peratusan sejak 2023.
Walaupun kemajuan dicatatkan dalam mata peratusan namun pertumbuhan kekal perlahan dari segi penglibatan wanita bagi jawatan kanan.
"Sejak pandemik, terdapat kemajuan tetapi masih perlahan. Tanpa fokus yang lebih besar terhadap isu ini, kesetaraan wanita dalam pengurusan kanan tidak akan dicapai sehingga 2053 pada kadar semasa," katanya.
Oleh itu, sebahagian besar perniagaan di Malaysia mengguna pakai model kerja yang fleksibel dengan 15.9 peratus berbanding purata global 5.1 peratus, ditambah dengan peratusan lebih rendah bagi firma yang mengutamakan operasi di pejabat pada 43 peratus berbanding purata global 47 peratus.
Foo berkata GT International Business Report (IBR) ialah kaji selidik perniagaan yang menemuramah hampir 5,000 eksekutif kanan di syarikat tersenarai dan pegangan persendirian di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Menurut laporan Women in Business oleh GT, Malaysia kekal konsisten dengan 40 peratus jawatan pengurusan kanan disandang oleh wanita sejak dua tahun lepas. - Gambar hiasan/iStock
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.