SINTOK: Akademi Binaan Malaysia (ABM) bercadang menjalin kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyediakan modul latihan keusahawanan untuk ditawarkan kepada pelatih akademi itu di cawangannya di sini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu bertujuan memastikan pelatih bukan sahaja memiliki kemahiran dalam bidang teknikal atau sektor pembinaan semata-mata malah ilmu keusahawanan yang akan membolehkan mereka menjalankan perniagaan sendiri selepas tamat latihan.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UUM (Profesor Dr Mohd Foad Sakdan) dan saya ada membuat cadangan supaya dibuat kajian segera bagaimana hubungan kita (ABM Wilayah Utara dengan UUM) ditingkatkan dengan usaha memberikan input modul keusahawanan kepada pelatih di ABM di sini.
"Apabila mereka keluar dari sini, mereka bukan hanya bekerja makan gaji tetapi boleh membuka syarikat enterprise dan sendirian berhad bagi membolehkan mereka berniaga," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ABM Wilayah Utara semalam.
Turut hadir Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Mohd Zaid Zakaria dan Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara Mohd Nazri Zakaria.
Ahmad berkata pihaknya berharap usaha itu bukan sahaja dapat dilaksanakan di ABM Wilayah Utara sahaja tetapi juga di lima lagi cawangannya di seluruh negara yang boleh menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam berhampiran.
"Selain bekerjasama dengan universiti berhampiran, input keusahawan itu boleh diterapkan di dalam modul latihan dengan memanggil bekas pelatih yang telah membuka syarikat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada pelatih sedia ada," katanya.
Beliau juga berkata lebih 80,000 pekerja mahir telah dilatih melalui program latihan serta penilaian yang dijalankan oleh ABM dan CIDB Technologies dengan peruntukan sebanyak RM232 juta bagi tahun 2018 hingga 2023.
Ahmad turut menasihati orang ramai agar mendapatkan khidmat syarikat kontraktor berlesen dengan CIDB bagi tujuan pembinaan atau ubah suai rumah.
Beliau berkata langkah itu bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan atau risiko projek tidak siap sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Ahmad memberi penerangan ketika sidang media pada lawatan kerja ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara di Sintok, 18 Feb 2024. --fotoBERNAMA
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM.125 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
Kalau ada perkembangan saya akan maklumkan - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri akan memaklumkan perkembangan terbabit jika ada sebarang maklumat terbaru.
Kod QR pelepasan Imigresen di BSI, KSAB akan dimuktamad
Penggunaan kod QR di BSI dan KSAB antara pendekatan dalam menangani kesesakan di sempadan Malaysia-Singapura.
Dua beranak maut rempuh lori parkir tepi jalan
Seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan.
HAWANA 2024 iktiraf peranan pemain industri media - Teo
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berakhir semalam menjadi platform untuk meraikan sumbangan para pemain industri media.
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.
Apung harga diesel? Tunggu pengumuman - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan sebarang tindakan mengapungkan harga diesel mengikut harga pasaran semasa akan dilakukan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berkat keyakinan tinggi, Jerman sasar juara Euro 2024
Jerman, mensasarkan gelaran juara Euro 2024 di hadapan peminat tempatan sebagai mercu bermain di tempat sendiri.
Isu gandar : 575 unit Chery Omoda 5 selesai jalani pemeriksaan
Sebanyak 575 unit kenderaan model Omoda 5 keluaran Chery telah diperiksa sehingga 27 Mei, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Kontraktor perlu ambil peluang raih projek pembinaan bernilai RM180 bilion tahun ini
Kontraktor harus mengambil peluang untuk memperoleh pelbagai projek pembinaan dalam negara yang bernilai kira-kira RM180 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Cadangan hapus tol sukar dilaksanakan - Ahmad Maslan
Cadangan untuk menghapuskan tol dilihat sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi implikasi besar terhadap kedudukan kewangan negara, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Hanya 16 projek sakit - Ahmad Maslan
Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit".