awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor sediakan ujian saringan COVID-19 untuk petugas barisan hadapannya

Bernama
Bernama
19/06/2020
21:48 MYT
Air Selangor sediakan ujian saringan COVID-19 untuk petugas barisan hadapannya
Air Selangor turut menubuhkan pasukan petugas khas bagi membantu kakitangan menyediakan maklumat terkini, menjawab pertanyaan mengenai COVID-19 serta menjalankan prosedur nyah cemar di semua premisnya.
Sebagai sebahagian usaha untuk mengekalkan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelanggan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas petugas barisan hadapannya, yang bermula semalam.
Kenyataan Air Selangor semalam menyebut ujian itu, yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), akan dilaksanakan apabila perlu dan kira-kira 900 kakitangan telah dikenal pasti di seluruh Pejabat Serantaunya untuk saringan.
"Petugas barisan hadapan Air Selangor yang perlu menjalani ujian COVID-19 adalah termasuk mereka yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, membaca meter, keselamatan dan jawatan terpilih lain yang memerlukan mereka menjalankan tugasan berdekatan pelanggan serta orang awam.
"Inisiatif ini adalah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun oleh kerajaan yang mungkin meningkatkan penglibatan antara orang awam dengan pekerja Air Selangor," menurut kenyataan itu.
Air Selangor turut menubuhkan pasukan petugas khas di bawah Seksyen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) pada 12 Mac bagi membantu kakitangannya menyediakan maklumat terkini, menjawab pertanyaan mengenai COVID-19 serta menjalankan prosedur nyah cemar di semua premisnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif berkaitan COVID-19 atau sebarang perkara berkaitan Air Selangor, sila hubungi 15300, WhatsApp ke 019-2800 919 or 019-2816 793, Media Sosial (Facebook, Twitter, and Instagram) dan e-mel Air Selangor ([email protected]).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Air Selangor
#COVID-19
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#media sosial
#nyah cemar
#pasukan petugas khas
#pejabat serantau
#perubatan
#petugas barisan hadapan
#PKPP
#PPUM
#Selangor
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan