KUALA LUMPUR: Akses kepada informasi mengenai gejala kencing manis atau diabetes amat penting dalam menjamin kehidupan yang berkualiti bagi pengidap penyakit berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Nor'Aishah Abu Bakar.
Beliau berkata, usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini untuk mengawal tahap kencing manis mereka.
"Di hospital kita ada diabetic educator untuk memberi maklumat kepada mereka yang baru disaring dengan diabetes, memberitahu apa yang perlu dibuat, cara pemakanan, pengambilan ubat dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kuala Lumpur bertemakan 'Hidup Sihat, Keluarga Bahagia' diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), pada Ahad.
Mengenai tema sambutan, Dr Nor'Aishah berkata, ia menumpukan kepada kepentingan masyarakat mengetahui faktor-faktor risiko diabetes jenis dua dan mendapat akses maklumat serta rawatan yang betul bagi mencegah pesakit daripada mengalami komplikasi lain seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, kerosakan retina mata, penyakit peridontal dan strok.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Kuala Lumpur (DMKL), Dr S.Inthirani selaku pengajur sambutan itu berkata, stres merupakan antara faktor utama menyebabkan seseorang menghidap kencing manis.
"Ia kerana biasanya apabila seseorang itu mengalami stres, dia cenderung untuk makan banyak, kemudian tidur lewat, seterusnya mengakibatkan berat badan bertambah, dan semua ini mengakibatkan mereka terdedah kepada diabetes," katanya.
Dr S. Inthirani yang mengakui beliau juga penghidap penyakit kencing manis berkata, kesedaran mengenai penyakit itu harus diterapkan kepada generasi muda supaya mereka lebih peka terhadap makanan dan minuman yang diambil sewaktu membesar.
Beliau berharap kempen-kempen amalan pengambilan gula yang rendah dalam pemakanan dapat dilaksanakan kerajaan di peringkat sekolah rendah lagi.
"Kita harap Kementerian Pendidikan boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan kempen-kempen sebegini di sekolah-sekolah, seperti kempen kurangkan gula dalam minuman, kurangkan minuman berkarbonat, dan galakkan pemakanan berkhasiat," katanya kepada Bernama selepas program itu.
Pelbagai aktiviti diadakan pada Program Sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disertai lebih 400 peserta itu, seperti saringan kesihatan, zumba dan forum kesedaran. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini. - Gambar hiasan
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Zhi Yi ubati kekecewaan slot Olimpik Paris dengan gelaran Masters Malaysia
Pemain China berusia 24 tahun itu bangkit daripada ketinggalan menewaskan bekas juara dunia PV Sindhu 16-21, 21-5, 21-16 pada aksi final.
Pemimpin Korea Selatan, China dan Jepun bertemu untuk dialog tiga pihak pertama sejak 2019
Ini menandakan sidang kemuncak tiga pihak pertama antara negara-negara Asia berkenaan sejak Disember 2019.
10,000 sertai protes 'pelancong balik rumah!' di Mallorca
Penganjur mendakwa 25,000 orang menghadiri acara itu dan mengecam peningkatan jumlah pengunjung dan rumah percutian di pulau itu.
Suhu tertinggi direkodkan di Mexico City
Awal minggu ini, media melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 138 ekor monyet mati di selatan Mexico akibat cuaca panas.
3 cap jari di lokasi Faisal Halim disimbah asid tiada dalam rekod JPN
Polis sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.
Lantikan terajui PKR Sabah adalah taklif, bukan tashrif - Mustapha
Katanya, perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi dan mengangkat kearifan.
Indonesia sokong keputusan ICJ supaya Israel hentikan serangan ke atas Rafah
Kementerian Luar Indonesia menyatakan sokongan terhadap keputusan terkini Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan Israel supaya segera menghentikan serangan tenteranya ke atas Rafah.
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
Presiden Zelensky rayu pemimpin dunia sertai Sidang Kemuncak Keamanan
Zelensky menyatakan, rakyat Ukraine tidak mahu Piagam PBB diabaikan, seperti buku-buku yang terbakar.
Akses kepada informasi mengenai penyakit kencing manis penting - Dr Nor'Aishah
Usaha memberi kesedaran, menyediakan informasi dan juga cara penjagaan pengidap penyakit berkenaan amat penting bagi masyarakat negara ini.