awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Zahir

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
04/09/2019
09:45 MYT
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Zahir
Seri Paduka Baginda Berdua turut menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tersebut. -Gambar Astro AWANI
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Zahir Armaya A R Badul yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada pagi Rabu.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa simpati dan sedih kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian tersebut.
“Diharapkan keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu ini dan sabar dengan dugaan dari Allah SWT.
“Semoga roh Allahyarham dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Sultan Abdullah menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada petang Rabu.
BACA: Ini 'show terakhir' - pesanan Mejar Zahir kepada ibu
BACA: "Allahyarham seorang suami yang sempurna" - Isteri Mejar Mohd Zahir
Seri Paduka yang juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan Allahyarham yang telah berkhidmat sebagai pegawai komando 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK).
Allahyarham Zahir Armaya yang berusia 36 tahun juga merupakan anak kepada pelakon veteran, AR Badul.
Merupakan bapa kepada lima anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi Rabu.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah
#Angkatan Tentera Malaysia
#AR Badul
#Azizah
#Hospital
#keluarga
#Kota Kinabalu
#Mejar Zahir Armaya A R Badul
#meninggal dunia
#pegawai komando 11 Gerup Gerak Khas
#Raja Permaisuri Agong
#tentera
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan