ALOR SETAR: Seorang anggota polis tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu penjenayah dalam kejadian di Jalan Kulim-Serdang dekat Kulim, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Redzuan Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 9.15 pagi, anggota polis berusia 31 tahun bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech itu dilanggar ketika sedang mengejar suspek yang menaiki kenderaan jenis Nissan Frontier.
"Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) itu telah dihimpit oleh kenderaan suspek sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan. Anggota berkenaan telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
"Suspek yang berusia 40-an berasal dari Sungai Petani itu melarikan diri namun berjaya ditangkap di kawasan Butterworth, Pulau Pinang dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja THC atau Terta Hydrocannibol," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan suspek telah diubah suai dengan meletakkan tangki minyak di bahagian belakang pacuan empat roda itu.
"Suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dan akan direman esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 307/166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kertas siasatan juga telah dibuka mengikut Seksyen 42(1) dan 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan parah serta Seksyen 6(1) akta sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Seorang anggota polis tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu penjenayah. - Gambar hiasan
Operasi secara terhad, unit pergigian sedia santuni jemaah
Menjadi satu-satunya yang menawarkan perkhidmatan pergigian, Unit Pergigian Tabung Haji (TH) tetap gigih dan sedia menyantuni 31,600 jemaah haji, sama seperti perkhidmatan rawatan yang ada di Malaysia.
Tanah runtuh: Malaysia sedia hulur bantuan kepada Papua New Guinea - PM
Katanya, hantaran bantuan akan mencabar memandangkan kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil dan muka bumi yang berceranggah.
AWANI Pagi: Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
Saksikan siaran luar AWANI Pagi sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan di Angsana Mall Johor Bahru bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
[TERKINI] Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh di Mulitaka setakat ini - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, pada Jumaat.
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah tiba di tanah perkuburan pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
HBN 2024: 3,000 peserta meriahkan Larian #YakinBoleh
Larian bermula di Jalan Parameswara melalui Jalan Melaka Raya, Jalan Plaza Mahkota, Jalan Merdeka dan berakhir di Padang Dataran Pahlawan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tanah runtuh Papua New Guinea - Wisma Putra
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat.
Suasana pilu sambut kepulangan jenazah Sarjan Faridah
Ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sarjan Faridah sebelum dikebumikan.
Kereta langgar pembahagi jalan, lima sahabat nyaris maut
Kenderaan terbabit dipercayai dari Port Dickson sebelum terbabas di lokasi kejadian dan merempuh pembahagi di tengah lebuh raya.
AWANI Ringkas: Jinakkan Jepun, bakal menentang India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.