PETALING JAYA: Masalah pembuangan sampah oleh individu tidak bertanggungjawab dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari, di sini.
Lebih merisaukan lagi, situasi itu semakin berlarutan sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan kecederaan kepada warga penduduk di perumahan berkenaan.
Menerusi Apa Khabar Rakyat minggu ini, wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin menyingkap keluhan dan luahan penduduk berhubung isu tersebut yang berlaku di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.
Seorang penduduk yang telah menetap di kawasan perumahan itu mengakui bahawa masalah sampah yang dibuang dari tingkat atas sering berlaku sehingga mengakibatkan kecederaan kepada orang ramai.
Pemandu separuh masa, Azlee Haris, 49, berkata, antara sampah yang dibuang dari atas adalah botol kaca, sofa, kayu, pasu bunga, bungkusan air dan batu bata.
Ujarnya, seorang penduduk pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena objek keras yang dibaling dari tingkat atas oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Masalah sampah ini memang masih lagi berlaku. Dulu sebelum pandemik lagi teruk, ada orang baling sampah dari atas sampai kena kepala penduduk.
Teruk juga kesan luka dialami sampai kepala dia perlu dijahit. Sebab itu, penduduk di sini memang amat berhati-hati, takut terkena,” katanya pada Isnin.
Menurut Azlee yang berasal dari Sungai Besar, Selangor, situasi berkenaan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat yang risau akan keselamatan mereka sebagai penghuni di bangunan berkenaan.
“Sikap buang sampah secara buta tuli seperti itu memang membahayakan penduduk sedangkan tempat pembuangan telah disediakan.
“Sampah yang dibuang itu kadangkala terkena pada zink bumbung bangunan. Ada bumbung yang sampai rosak dan berlubang.
“Kalau tengok sebulan atau dua bulan sekali akan ada anggota badan pengurusan bersama (JMB) yang akan bersihkan (sampah di bumbung) tetapi tak lama lepas itu, orang buang lagi,” ujarnya.
Peniaga, Mohamad Jauhari Husain, 66, berkata, cermin keretanya juga pernah pecah akibat tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuang sampah dari tingkat atas.
“Saya tidak ada di tempat kejadian semasa cermin belakang kereta saya itu dipecahkan.
“Cuma yang tahu, cermin kereta saya itu dipecahkan oleh batu yang dibaling dari atas. Saya terpaksa keluarkan duit sekitar RM600 untuk baiki cermin tersebut.
“Bukan sahaja kereta, bumbung kedai saya juga sampai berlubang. Yang itu pun saya baru perasan, apabila hujan tempoh hari,” menurutnya.
Pekerja swasta, Maziah Mazlan, 26, berkata, situasi yang sama turut berlaku kepada keretanya tahun lalu.
“Pada masa itu, saya baru sahaja beli kereta. Seminggu selepas itu cermin belakang kereta saya retak sebab botol sabun pencuci yang dibaling dari atas.
“Kos baiki cermin itu anggaran RM500 hingga RM600. Nasib baik boleh tuntut insurans kereta,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 27 2023
Zink bumbung sekitar kawasan Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari, Petaling Jaya dipenuhi sampah. Gambar kecil: Kesan retak pada kenderaan Maziah akibat sampah yang dicampak dari tingkat atas.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
SWCorp pasang CCTV pantau kegiatan buang sampah merata-rata sempena Aidilfitri di N. Sembilan
Usaha itu adalah hasil kerjasama antara SWM Environment Sdn Bhd dan PBT bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar menggunakan jalan raya dengan berhemah.
'Cik Aida' dicari Ketua Pemuda UMNO akhirnya dijumpai
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berjaya mengesan individu yang dipercayai membuang sampah di tepi jalan Merlimau-Muar.
Angkara sampah dari 'langit'
Masalah pembuangan sampah dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari.
Buka puasa: Individu kotori tebing Sungai Kelantan boleh didenda RM1,000
Minggu pertama bulan Ramadan dicemari pemandangan jelik sisa sampah dan bekas makanan orang ramai yang berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini.
Indonesia berjaya kurangkan pembuangan sisa dalam laut
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan negara berjaya mengurangkan 28.5 peratus pembuangan sisa plastik ke dalam laut di negara itu dari 2018 hingga 2021.
Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai
Beliau memaklumkan sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar segera menyiasat kejadian berkenaan.
Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
''Parok' orang kita, tiada kesedaran sivik!' - Lelaki ini kutip sampah ditinggal pengguna lebuh raya
Rata-rata netizen memberikan maklum balas negatif terhadap kurangnya rasa sayang dalam diri orang ramai terhadap alam sekitar.
Individu tegur orang ramai buang sampah merata-rata diberi penghargaan
Individu tegur orang ramai buang sampah merata-rata diberi penghargaan
Gara-gara geram sampah dibuang sembarangan, tukang sapu di Paris jadi selebriti TikTok
Semuanya bermula apabila Ludovic Franceschet kecewa dengan sikap orang yang membuang sampah merata-rata.