Kerajaan boleh menyediakan peluang untuk meningkatkan lagi kedudukan ekonomi orang Melayu, tetapi terpulang kepada bangsa itu sendiri untuk merebut peluang yang disediakan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, sebagai pemimpin kerajaan kini, beliau terus komited untuk membantu nasib bangsanya sendiri, tetapi orang Melayu sendiri perlu mempunyai keazaman untuk memperbaiki kedudukan mereka.
“Hari ini sekali lagi kita akan sediakan peluang bagi kita meningkatkan pendapatan kita, tetapi kalaupun kita sediakan banyak peluang perniagaan, banyak modal untuk dipinjam, kalau ada usaha gigih, daripada yang menerima, maka usaha ini akan gagal semula.
“Kita akan ada dasar baru, dasar wawasan kemakmuran bersama, tetapi dia tak akan datang bergolek kepada kita. Tak akan datang melayang kepada kita, tiba-tiba kita jadi kaya. Tak mungkin,” katanya sewaktu menyampaikan amanat di Kongres Maruah Melayu, di Stadium Malawati, di sini hari ini.
Antara pemimpin Melayu yang turut hadir ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, serta pemimpin NGO Melayu dan Islam yang lain.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak gemar menceburi bidang perniagaan, sedangkan, itu boleh menjamin kedudukan ekonomi yang lebih kukuh.
“Kenapa tidak Melayu? Apakah mereka tak tahu membuat kira kira (matematik) tak faham selok belok perniagaan? Saya yakin mereka boleh kuasai urusan tetapi mereka lebih berminat untuk bekerja dengan kerajaan, berbangga dengan pencen.
“Orang yang berniaga tak dapat pencen, tapi mungkin dapat kekayaan besar,” katanya lagi.
Harits Asyraf Hasnan, Firdaus Azil
Sun Oct 06 2019
Dr Mahathir berkata, sebagai pemimpin kerajaan kini, beliau terus komited untuk membantu nasib bangsanya sendiri, tetapi orang Melayu sendiri perlu mempunyai keazaman untuk memperbaiki kedudukan mereka. - Foto Bernama
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.