awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa pun alasannya, tambak laut tetap beri kesan negatif kepada alam sekitar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
18/11/2021
02:35 MYT
Apa pun alasannya, tambak laut tetap beri kesan negatif kepada alam sekitar
Meskipun tambakan memberi banyak kesan negatif, namun Jit Ern berkata, ada cara untuk mengurangkannya. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tambakan laut, walaupun dengan alasan meningkatkan ekonomi, tetap akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir, terutamanya di kawasan hulu sungai.
Begitupun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Biologi Universiti Sunway Dr Chen Jit Ern berkata, masalah tersebut mampu diatasi, dengan syarat, penyelenggaraan sungai dilakukan dengan lebih kerap.
“Masalahnya ialah tambakan-tambakan ini menjadikan kawasan itu sebagai kawasan tanah rendah yang baharu.
"Jadi, kawasan ini akan mengalami banjir air laut yang lebih kerap apabila paras air laut semakin meningkat.
“Itu akan berlaku jika tambakan ini dibina dengan tidak mengambil kira kenaikan paras air laut pada masa akan datang,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian bagi mengulas projek tambakan laut di kawasan pesisir pantai negeri Melaka yang didakwa menjadi antara punca banjir kilat sering berlaku di negeri itu.
BACA: SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka
BACA: Tambakan laut di kawasan pesisir pantai Melaka antara punca banjir kilat - Adly
PRN Melaka | Tiada penjualan pasir jika PH menang
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, faktor tersebut adalah antara punca yang tidak boleh dinafikan sebagai penyebab banjir kerana sesetengah kawasan di bahagian tengah dan luar bandar negeri tersebut sering dilanda bencana itu.
Meskipun tambakan memberikan banyak kesan negatif, namun menurut Jit Ern, ada cara untuk setidak-tidaknya mengurangkan kesan akibat daripada projek itu.
“Tambakan baharu ini perlu dibina dengan mengambil kira kenaikan paras air laut, sekurang-kurangnya satu meter, itu yang pertama.
“Kedua, kawasan ini perlu dilengkapi dengan sistem pengairan yang boleh menghalang ‘backflow’ iaitu air laut masuk ke dalam sistem pengairan ini.
BACA: PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
BACA: Peningkatan paras air laut: Alor Setar, Seberang Perai dijangka alami banjir lebih kerap
“Pada masa depan, boleh juga merancang untuk memastikan air hujan atau sungai mengalir tanpa halangan ke laut atau dalam takungan air laut.
"Ini dua perkara yang difikirkan sebelum tambakan baharu dibina,” ujarnya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober membuka kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.
SPRM memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.
Melaka Memilih: Isu tambak laut | Derita nelayan Sungai Lereh
Topic Berkaitan
#tambak laut
#PRN Melaka
#alam sekitar
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan