Lima remaja dan seorang kanak-kanak termasuk dua tertuduh yang didakwa membunuh pelajar dan tenaga pengajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.
Dua remaja berusia 16 tahun yang dituduh membunuh, mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Zilfinaz Abbas.
Bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap mereka sementara menunggu laporan akhlak dan laporan kimia.
BACA: Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius
Sementara itu, tiga lagi tertuduh termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun serta remaja masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Mereka masing-masing didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, kira-kira pukul 11.35 pagi, 16 September lalu.
BACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat
BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap semua tertuduh.
Bagaimanapun peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili tertuduh berusia 12 tahun memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya masih kanak-kanak.
Majistret Zilfinaz membenarkan kanak-kanak itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur.
Dalam pada itu, di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar seorang lagi tertuduh, Mohammad Shahrul Nizam Ikmal Shafi-in,18, membuat pengakuan bersalah atas dua pertuduhan memasukkan dadah jenis carbolic acid dan syabu di tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atasnya sementara menunggu laporan akhlak dan laporan kimia.
Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh dan mahkamah tidak membenarkan dia diikat jamin.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 28 November untuk sebutan semula kes.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu terkorban akibat terperangkap di asrama pusat itu pada 5.15 pagi Khamis 14 Sept lepas.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 28 2017
Seorang daripada tujuh suspek (dua, kiri) dibawa polis ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung pada 21 September lalu. - Foto BERNAMA
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes
Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan.
ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm
ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.
Polis buru lelaki bakar mesin ATM
Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.
Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih.
Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar
tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengganas yang lengkap bersenjata di kampung tersebut.
Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang
Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian.