IPOH: Jalinan bandar raya persahabatan di antara Ipoh dan Dalian, China bakal memberi limpahan ekonomi dan pelaburan bukan sahaja di bandar raya ini tetapi juga negeri Perak secara amnya.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, cadangan tersebut merupakan rentetan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara China baru-baru ini.
"Kita sudah adakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Dalian, dia ada datang ke Ipoh pada awal April lalu.
"Wakil pelaburan mereka juga ada datang dan insyaAllah mereka bersetuju untuk mewujudkan Ipoh-Dalian Technology Park di kawasan yang dicadangkan di Chepor dan Khantan, di sini.
"Kita pilih kawasan tersebut kerana ia merupakan kawasan baharu dan keluasannya mencukupi.
"Jangkaan pembinaan pula akan dimuktamadkan selepas mesyuarat. Kita akan tubuh jawatankuasa untuk pemantauan dahulu dan akan dibawa ke peringkat negeri.
"Kalau semua berjalan lancar ia akan diteruskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan April di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.
Rumaizi berkata, jika sebelum ini Ipoh lebih cenderung menjalinkan kerjasama dengan Jepun, kini katanya sudah tiba masanya untuk meluaskan kerjasama dengan China.
Tambahnya, dengan adanya kerjasama menerusi bandar raya persahabatan itu, ia sekali gus memantapkan tiga sektor utama iaitu ekonomi digital, pendidikan serta pelancongan dan budaya.
"12 Mei nanti, delegasi dari China akan hadir ke sini dan saya akan mendengar cadangan yang diutarakan termasuk kerjasama yang kita sedang rancang itu.
"MBI tidak akan bergerak solo. Kita akan bergerak dengan persatuan, badan bukan kerajaan dan sebagainya. Kerja pembangunan ini adalah kerja secara berpasukan," katanya lagi.
Aida Aziz
Fri Apr 28 2023
Rumaizi (tengah) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan April di Dewan Mesyuarat MBI, di Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Majlis Bandaraya Ipoh akan perkenal Batik Perak sebagai produk istimewa baharu
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengetengahkan Batik Perak sebagai produk istimewa terbaharu yang dilihat mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat
Kewujudan lubang di sekitar bangunan pasar, termasuk kotak dan polisterin yang disimpan secara tidak teratur memburukkan lagi keadaan.
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
Lokasi 'hotspot' sampah haram, jadi taman mini - Datuk Bandar
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kawasan di Hala Rapat Baru itu pada asalnya merupakan 'hotspot' sampah haram.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
MBI senarai hitam penganjur, peniaga sewakan lot bazar Ramadan
Mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.