awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2023
05:10 MYT
Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Pada Ahad, seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Sentral, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru. - Gambar fail
SHAH ALAM : Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kawasan yang terjejas dengan banjir kilat kini dalam keadaan terkawal.
Menurutnya, kawasan Sungai Buloh dan Kampung Kubu Gajah mulai beransur pulih berikutan paras air semakin surut namun anggota bomba akan terus melakukan pemantauan.
"Air semakin surut namun pemantauan di teruskan sehingga sekarang dan anggota terlibat akan terus berada di lokasi sehingga air betul-betul surut," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau memaklumkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh masih berada di lokasi kejadian di kawasan masing-masing.
"Sementara bagi kawasan Sungai Pinang dan Klang Sentral kita tempatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang," katanya.
Pada Ahad, seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Sentral, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini.
Menurut Mohamadul Ehsan seperti dilaporkan Sinar Harian pagi tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.44 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian," katanya.
Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter namun wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Selangor
#terperangkap dalam banjir
#info banjir terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan