PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam surat edaran semalam berkata RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 5 April, pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP; dan RM250 kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
BKKA 2024 itu juga layak diterima oleh pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji, serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya, dengan BKKA ini dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai itu.
Menurutnya BKK turut diberikan kepada pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 5 April dan telah dilantik sebelum 5 April.
Selain itu, guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya, serta pemandu yang dilantik sendiri oleh anggota pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman juga layak menerima BKKA 2024.
Menurut surat edaran berkenaan bayaran BKKA 2024 bagi pesara kerajaan termasuk yang bersara selepas mencapai opsyen umur persaraan atau bersara atas sebab kesihatan, akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala veteren berpencen dan tidak berpencen dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
"Veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 5 April, layak dibayar RM500 dengan bayaran RM250 oleh JPA atau JHEV dan baki RM250 dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat," menurutnya.
Bagaimanapun bayaran BKKA 2024 tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas.
Menurut surat edaran itu pemberian BKKA 2024 adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan BKKA RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, di samping RM250 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Pemberian BKKA 2024 adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. - Gambar hiasan
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 dibayar Jumaat ini - KPPA
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terpedaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Cuepacs mahu kerajaan teruskan tradisi beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Cuepacs mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah RISDA akan dibuat mulai Jumaat ini.
49,000 pekebun kecil getah terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April
BKKA akan turut disalurkan kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pesawah, pekebun kecil getah, nelayan, sukarelawan diawalkan - PM
Selain penjawat awam, kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform turut diawalkan.
Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.
RM63.75 juta BKKA untuk pekebun kecil getah - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Lebih 200,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima BKKA 17 April ini
Lebih 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM350 setiap seorang pada 17 April ini.
Perak umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam negeri
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bantuan khas kewangan itu akan disalurkan pada 17 April ini.