Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang diminta bersiap sedia untuk menghadapi banjir.

Ini berikutan hujan lebat monsun timur laut atau musim tengkujuh yang bermula akhir Oktober lalu sehingga awal Mac depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, nasihat hujan lebat peringkat kuning telahpun dikeluarkan pada petang Rabu lalu.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terlibat ialah Kudat, Sandakan, Beluran ,Kinabatangan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Putih dan Machang.

Manakala di Terengganu meliputi daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.