TANAH MERAH: Seorang bekas banduan yang mengamuk akibat berang tidak dibenarkan meminjam motosikal anaknya ditahan polis selepas sepucuk pistol berisi enam peluru ditemukan bersamanya di Kampung Air Murbo, Jedok, di sini pada Sabtu.
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek yang bekerja sebagai penebang pokok sebelum itu mengamuk dan turut mengugut isteri yang berusia 39 tahun serta seorang anak lelaki mereka.
"Suspek ditahan di ruang tamu rumah dan pemeriksaan di dalam beg silang yang dipegangnya menemukan sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith and Wesson berwarna perak bersama sarung pistol berwarna hitam serta enam peluru.
“Turut dijumpai lima pil dadah jenis Yaba dalam beg sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini pada Ahad.
Menurut beliau, berdasarkan keterangan awal suspek mengaku memperoleh pistol tersebut daripada kenalannya sejak dua minggu lalu.
“Suspek memberitahu memiliki senjata api tersebut bertujuan melindungi diri daripada binatang buas ketika melakukan kerja memotong pokok di hutan.
“Suspek juga baru dua bulan bebas dari penjara kerana kesalahan dadah dan curi motosikal,” katanya.
Mohd Haki berkata, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (Ahad) sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
“Urin suspek didapati positif metamphetamine dan ada lima rekod lampau termasuk tiga dadah,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023
Mohd Haki berkata, suspek turut mengugut isteri yang berusia 39 tahun serta seorang anak lelaki mereka. - Gambar/ Sinar Harian
Mendiang Mutang Tagal selamat dikebumikan
Jasad mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, Miri.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor
Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City hujung bulan ini.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Insiden pokok tumbang: Lima lokasi terlibat sekitar KL - Bomba
Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Lima anggota terbunuh dalam kes tembakan di kem tentera di selatan Filipina
Seorang anggota mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota lain yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao.
Mangsa kejadian amuk pusat asuhan kanak-kanak Thailand semakin pulih
Dr Opas Karnkawinpong berkata kesemua mangsa yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma telah menerima rawatan di hospital.
Penghuni pusat pemulihan dadah maut dipercayai selepas kejadian amuk
Seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas, Kuala Kangsar maut akibat kecederaan parah dipercayai selepas kejadian amuk, pada Rabu.
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
Polis tahan lelaki amuk bakar pondok belakang gerai bekas isteri
Polis menerima laporan kejadian pada jam 10.20 pagi, mengatakan terdapat seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang di kawasan itu.
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Lelaki ditemui maut dalam longkang selepas mengamuk
Hasil semakan rekod perubatan mangsa telah mendapatkan rawatan psikiatri dan kali terakhir mendapatkan rawatan adalah pada bulan Mac 2016.
Tak tahan bunyi bising, anak mengamuk sehingga tikam bapa
Seorang warga emas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditikam anaknya yang mempunyai masalah mental dalam satu kejadian amuk di sebuah rumah berhampiran Pasar Bachok, pagi Selasa.
Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru - Adik
Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat.