BEKAS pertahanan Belanda, Ron Vlaar, percaya Arne Slot tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris apabila dia mengambil alih jawatan pengurus Liverpool.

Dilaporkan minggu lalu bahawa Feyenoord dan Liverpool telah mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.

Pengendali kelahiran Belanda itu memimpin Feyenoord untuk memenangi gelaran Eredivisie kedua mereka musim lalu selepas mengambil alih kelab itu pada 2021, dan gaya permainan menyerangnya mirip dengan Klopp.

Vlaar, yang bermain di bawah Slot di AZ Alkmaar, yakin bekas jurulatihnya tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di Merseyside.

“Dia boleh menyesuaikan diri segera. Tetapi kehadiran jurulatih baharu, jadi mereka akan sentiasa mengubah beberapa perkara,” katanya kepada Stats Perform.

“Semoga ia berjalan lancar buat Slot. Dan saya fikir dia akan menggunakan video bagaimana dia mahu bermain untuk pasukan lain. Apabila dia melatih saya, dia menggunakan Liverpool sebagai rujukan.

“Saya tidak tahu apakah contoh lain yang dia akan gunakan apabila sekarang dia adalah jurulatih Liverpool.

"Saya fikir pemain cukup bijak untuk mengenalinya. Mereka perlu membina kepercayaan antara satu sama lain.

"Jika dia boleh menguruskan itu, dan dia boleh melakukannya, maka saya fikir semuanya akan baik-baik saja.”