MELAKA: Belum ada mana-mana pihak sama ada UMNO mahupun PAS yang mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional (MN), atau keluar daripada muafakat itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam di sini hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan seorang perwakilan UMNO Kelantan, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang menganggap UMNO tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi tiga pemimpin PAS masih memimpin parti itu, Tuan Ibrahim berkata ia hak PAS untuk mengekal atau menyingkirkan mana-mana pemimpinnya.
Katanya parti lain tidak perlu campur tangan dalam pentadbiran PAS.
Perwakilan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dalam PAU sebelum ini menyatakan, UMNO tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor, masih memimpin parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022
Tuan Ibrahim berkata, perbincangan di peringkat tertinggi antara kedua-dua parti berkenaan status MN, juga masih belum diadakan setakat ini. - Gambar fail
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).
Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.
Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.
Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.
UMNO 'husnuzon' terhadap Muafakat Nasional - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).