YAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan inisiatif perkhidmatan bergerak sebagai platform bagi memudahkan urusan pemprosesan dokumen pengenalan diri penduduk yang terjejas susulan kejadian banjir di kaki Gunung Jerai, 18 Ogos lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, inisiatif itu digerakkan susulan 50 laporan polis yang diterima berhubung kehilangan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran, MyKad dan Pasport akibat dibawa arus deras.
Menurut beliau, perkhidmatan bergerak itu akan akan memberi kemudahan kepada penduduk yang terjejas di sekitar Yan untuk mendapatkan dokumen berkenaan dalam kadar segera tanpa sebarang kos.
Beliau turut memaklumkan, penempatan perkhidmatan berkenaan akan dilaksanakan sebaik sahaja menerima kebenaran daripada Majlis Daerah Yan yang menguruskan urusan berkaitan kejadian bencana yang berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai itu.
"Kita akan hantar ‘mobile truck’ Jabatan Pendaftaran Negara supaya mereka boleh siapkan segala dokumen seperti sijil kelahiran, MyKad dan perkara lain yang diperlukan. Begitu juga dengan Jabatan Imigresen yang turut hantar ‘mobile truck’ kalau ada orang hilang pasport.
"Ini semua akan dilakukan bersama untuk membantu mereka di sini… kita lakukan secara percuma, tidak ada bayaran dikenakan,” kata beliau.
Hamzah berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja bersama delegasi KDN di beberapa lokasi yang terjejas akibat kejadian kepala air di sini, pada Ahad.
Pada 18 Ogos lalu, kejadian kepala air yang berlaku di beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai termasuk Yan, Gurun dan Merbok mengakibatkan kerosakan kepada lebih 1,300 buah rumah penduduk di kawasan sekitar.
Bencana berkenaan juga telah mengorbankan enam nyawa yang turut memakan masa enam hari bagi proses mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.
Ends.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 05 2021
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, inisiatif itu digerakkan susulan 50 laporan polis yang diterima berhubung kehilangan dokumen pengenalan diri akibat dibawa arus deras. - Gambar BERNAMA
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi
PRN: Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.