KLUANG: Sebuah bengkel kereta DRS Auto di daerah ini menawarkan perkhidmatan membaik pulih kereta yang terjejas banjir secara percuma, bagi membantu mangsa yang terkesan bencana itu.
Pemiliknya Mohammad Naim Yacob, 38, berkata dia mengambil inisiatif itu, kerana memahami beban mangsa yang terpaksa menanggung kerugian akibat musnah harta benda dan sebagainya, akibat bencana itu.
Jelasnya dia tergerak untuk menghulurkan bantuan itu, apabila melihat banjir kali ini yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku.
"Saya nak bantu mana-mana kereta yang terkesan akibat banjir, saya akan membantu secara percuma dan semampu yang saya boleh buat, yang penting sampai kereta boleh dihidupkan dan pemilik boleh guna.
"Kalau boleh mana-mana kereta yang dah tenggelam banjir, saya harap jangan hidupkan dulu, telefon saya dan saya akan datang ke tempat mangsa dan baiki sehingga enjin dia hidup semula," katanya ketika ditemui di bengkelnya, di sini, hari ini.
Bapa kepada tiga orang anak itu, kini telah menerima sebanyak tiga kereta yang dimasuki air banjir.
"Saya anggarkan boleh baiki anggaran 10 kereta satu hari, bergantung pada masa dan jenis kerosakan.
"Antara perkhidmatan yang kita boleh buat pada kereta yang dah kena banjir ni kita cuci dan ganti minyak hitam, tembak angin untuk keluarkan minyak dan ganti penapis angin," katanya yang mana kos sebenar menelan kira-kira RM200.
Dia yang telah mempunyai bengkel kereta selama 15 tahun itu juga, bercadang mengajak beberapa teman lain yang mempunyai bengkel atau kemahiran membaiki untuk turut serta ke Chaah, Segamat, memandangkan kawasan itu terjejas teruk.
"Dari segi pengangkutan, kita takkan kenakan apa-apa. Seikhlas hati dan percuma," katanya.
Sebelum ini, tular mesej Whatsapp Mohammad Naim yang menawarkan perkhidmatan percuma itu kepada warga Kluang yang terjejas banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Bengkel kereta DRS Auto menawarkan perkhidmatan percuma itu kepada mangsa yang terjejas banjir. - Astro AWANI
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Niaga AWANI: Rakyat Malaysia bimbang penipuan berkaitan pembayaran - Fico
Perlindungan penipuan dilihat cukup penting, dengan kemudahan penggunaan dan perlindungan yang baik menjadi pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan.
Presiden baharu Iran bakal berdepan cabaran tangani inflasi
Presiden baharu Iran dijangka bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu.
Polisi luar negara Iran akan kekal, tidak berubah
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walaupun negara itu bakal dipimpin oleh presiden baharu kelak.
[TERKINI] Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023 dan Hari Malaysia pula akan diadakan di Sabah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Polisi luar negara Iran dijangka kekal walau dipimpin presiden baharu - Penganalisis
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.
Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Angka kematian terus meningkat akibat banjir kilat, aliran lahar dingin
Angka kematian akibat hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan aliran lahar dingin dari gunung berapi aktif Gunung Marapi meningkat kepada 67 orang di beberapa daerah di Sumatera Barat.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.