ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 5 Mei 2021.

1. Singapura kembali ke fasa dua pembukaan, perketat kemasukan di sempadan

Singapura akan kembali ke fasa dua pembukaan semula kegiatan ekonomi dan sosial bermula 8 hingga 30 Mei.

2. COVID-19: Thailand lipat ganda pengesanan kes aktif

Thailand melipatgandakan pengesanan kes aktif untuk membendung COVID-19 merebak dengan lebih pantas di tengah-tengah peningkatan jumlah kes, kematian dan kluster baharu.

3. Vaksin COVID-19: AS sasar 70 peratus divaksin menjelang 4 Julai

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyatakan sasaran baharu bagi program imunisasinya menjelang 4 Julai ini.

4. COVID-19: India rekod kes kematian harian tertinggi

India pada Rabu mencatatkan jumlah kes kematian harian tertinggi sejak COVID-19 dikesan di negara itu dan ketika hospital terus bergelut dengan jumlah pesakit COVID-19 yang terlalu ramai, lapor Agensi Anadolu.

5. Pemburu badak sumbu kembali mengancam selepas Afrika Selatan longgar sekatan

Aktiviti pemburuan haram badak sumbu meningkat semula di Afrika Selatan sejak kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan, selepas setahun dicengkam pandemik.

6. Gempa berskala 5.8 gegar barat Sumatera Indonesia

Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia.

7. UK, US setuju kepentingan pelancaran vaksin global

Perdana Menteri Britain dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bersetuju berhubung keperluan pemberian vaksin COVID-19 secara global untuk menamatkan wabak itu.

8. Dubai optimis pelancong akan kembali namun tidak pasti jumlahnya

Ketua pelancongan Dubai pada Selasa menyatakan keyakinan bahawa pengembara santai dan bisnes akan kembali ke negara itu pada tahun ini, meskipun pandemik yang masih belum berakhir menyukarkan anggaran jumlahnya.

9. 5 maut dalam serangan di pusat jagaan kanak-kanak Brazil

Tiga kanak-kanak dan dua pekerja sebuah pusat jagaan kanak-kanak maut selepas ditikam seorang remaja dalam kejadian pada Selasa.

10. COVID-19: India henti liga kriket ketika kes cecah 20 juta

India menghentikan permainan sukan paling popular di negara itu, kriket, susulan kes jangkitan COVID-19 yang melonjak kepada angka 20 juta pada Selasa.