PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal mengumumkan berita baik berkaitan telekomunikasi untuk membantu mengurangkan impak kos sara hidup khususnya bagi golongan B40 dan M40 menjelang Krismas ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau amat prihatin dengan isu Internet dan caj telefon yang merupakan antara keperluan asas rakyat.
"Tunggu Santa Klaus datang. Tapi kita memang lihat isu Internet dan caj telefon. Itu antara perkara yang saya prihatin," katanya kepada media selepas majlis amanat menteri bersama warga KKD di sini hari ini.
Fahmi berkata terdapat permintaan di media sosial supaya beberapa perkara perlu diteliti dari segi kos dan mutu perkhidmatan.
"Saya tidak lihat isunya hanya sekadar harga, tapi isu rangkaian dan capaian itu adalah isu penting," katanya.
Beliau berkata beberapa kawasan menghadapi masalah perkhidmatan kerana bukan semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) beroperasi di kawasan terbabit.
"Kajian telah dilakukan supaya kaedah segera dan secara berpatutan diambil untuk membantu sama ada dari segi harga atau mutu perkhidmatan," katanya menambah kaji selidik sebuah agensi penguat kuasa menunjukkan 66 peratus responden mahu kerajaan memberi fokus kepada kos sara hidup.
Menyatakan KKD juga prihatin terhadap masalah yang melibatkan rangkaian 5G dan 4G, Fahmi berkata kerajaan komited ke arah usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bukan sahaja lebih murah, malah mempunyai kualiti lebih baik, dan perkara berkenaan akan dibincangkan dalam pertemuan akan datang dengan syarikat telekomunikasi.
Majlis amanat itu adalah yang pertama sejak beliau memulakan tugas sebagai Menteri Komunikasi dan Digital pada 5 Disember lepas.
Beliau berkata sesi townhall juga akan diadakan bagi memahami isu dihadapi warga kerja KKD bagi memupuk suasana kondusif ke arah mencapai objektif kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Terdapat permintaan di media sosial supaya beberapa perkara perlu diteliti dari segi kos dan mutu perkhidmatan. - Gambar hiasan
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kampung Orang Asli Kerling lokasi pertama POC satelit Starlink di Malaysia - Teo
Pemilihan Starlink itu dilakukan memandangkan terdapat kesukaran untuk melakukan pemasangan gentian optik.
CelcomDigi perkenal logo korporat baharu, aspirasi jadi jenama dipercayai
CelcomDigi Bhd (CelcomDigi) memperkenalkan logo korporat baharunya selepas 10 bulan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd (Digi).
Maxis rekod keuntungan bersih RM1.181 bilion pada 2022
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Maxis berkata keuntungan pada tahun lepas merosot 9.7 peratus disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan tahun tersebut.
'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'
Katanya, usaha itu perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga NGO.
Liputan 5G negara hampir cecah 50 peratus, lepasi sasaran awal 40 peratus - DNB
Rangkaian itu kini mencapai 15 juta penduduk melibatkan 3,900 tapak dan bakal capai lebih 30 juta orang serta perniagaan apabila dilaksana sepenuhnya.
Cadangan bina 105 struktur telekomunikasi baharu dalam peringkat akhir kelulusan
Kerajaan negeri bekerjasama dengan telco untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar.
Berita baik berkaitan telekomunikasi menjelang Krismas untuk B40, M40
Terdapat permintaan di media sosial supaya beberapa perkara perlu diteliti dari segi kos dan mutu perkhidmatan.
Rangkaian 5G Malaysia raih pengiktirafan global di Anugerah Glotel London
Rangkaian Teras Operator Berbilang dan Pemetakan Sumber Dinamik untuk Rangkaian 5G Borong Nasional.
PRU15: [LAPORAN KHAS] 'Kami terputus hubungan dengan dunia luar sejak dahulu' - Orang Asli Berdut
Di kampung itu pernah berlaku kes kecemasan yang berakhir dengan kematian, gara-gara tidak dapat membuat panggilan kecemasan.