ANTARA pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Februari 2021.
1) PKP berterusan tidak berkesan atasi COVID-19, hanya burukkan ekonomi - Pakar
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilihat tidak mendatangkan sebarang keberkesanan dalam usaha untuk melandaikan kes COVID-19.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Al-Junid berkata, malah langkah meneruskan PKP secara berterusan hanya akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi.
2) 10 rumah musnah dalam kebakaran di Alor Setar
Letupan kuat menyelamatkan mangsa daripada maut dalam kejadian kebakaran.
Demikian detik cemas dilalui Nazri Hamzah, 40, apabila terdengar letupan kuat dari rumah jiran sebelum terlihat api menyambar deretan rumah lain.
3) COVID-19: Jumlah kes sembuh tertinggi, 2,464 kes baharu, tujuh kematian
Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi pada Ahad dengan sebanyak 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.
Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 264,269 kes.
4) Berniaga dalam keadaan kotor, enam warga asing ditahan
Kegiatan sekumpulan warga asing yang membuka kedai runcit basah dan menjalankan perniagaan menyimpan, menyembelih dan menjual ayam di sebuah rumah kedai dua tingkat terbongkar dengan penahanan enam lelaki warga Bangladesh di Amanjaya, Sungai Petani, semalam.
5) Rang undang-undang berkaitan gangguan seksual jangka siap Mac
Rang undang-undang berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.
6) COVID-19: 11 CAC beroperasi di Perak sejak 25 Jan - KP Kesihatan
Sebanyak 11 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) telah beroperasi secara berperingkat di semua daerah seluruh Perak mulai 25 Jan lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
7) Polis siasat Annuar Musa didakwa tidak patuh SOP
Polis sedang menjalankan siasatan susulan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa didakwa ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.
8) Mudah difahami dan interaktif, DBNA hasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek Bidayuh
Kaedah mahupun cara penyampaian sesuatu maklumat khasnya yang melibatkan isu-isu semasa memainkan peranan penting untuk pemahaman masyarakat.
Melihat kepada aspek itu, Persatuan Nasional Dayak Bidayuh (DBNA) mengambil pendekatan yang kreatif dan inovatif dengan menghasilkan video kesedaran COVID-19 dalam dialek etnik pribumi, Bidayuh.
9) Ahli perniagaan maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh kereta
Seorang ahli perniagaan lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh kereta di Jalan Tun Kudu, di sini petang tadi.
10) Data penglibatan mahasiswa dengan perkhidmatan 'sugar baby' meragukan - KPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghubungi beberapa universiti yang pelajarnya didakwa terlibat dengan perkhidmatan tidak bermoral 'sugar baby'.
Nickyson Nyambar
Sun Feb 14 2021
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Februari 2021.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.